Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 3 April 2014

Rejim #DAPBiadap Terus Tunjuk Taring !!!! @LimGuanEng @TunFaisal


Pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah di ketahui merupakan salah satu daripada enjin kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP yang sering di gunakan bagi menjalankan kerja-kerja menyita dan merobohkan gerai milik orang Melayu sejak 2008 yang lalu.Terbaru operasi mengangkut motorsikal telah di lakukan baru-baru ini bagi mana-mana motorsikal yang di dapati melanggar undang-undang tidak meletakkan di tempat yang sepatutnya.Operasi yang diadakan di sekitar Seberang Jaya itu telah mensasarkan motorsikal yang di letakkan di koridor premis perniagaan.Tujuan artikel ini di tulis bukanlah kerana mahu mempertikaikan tindakan tersebut.




Malah rata-rata pegawai dan petugas MPSP yang terlibat hanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pekerja.Malah bagi mereka yang motorsikalnya di ambil sememangnya sedar dan tahu bahawa ianya merupakan satu kesalahan.Cuma melihat operasi ini di jalankan , teringat pula tentang menifesto atau janji kerajaan negeri Pulau Pinang sewaktu pilihanraya tempoh hari.Kerana mahu mengambil hati rakyat Pulau Pinang , DAP mengumumkan sekiranya mereka menang dan berkuasa harga minyak akan di turunkan , kutipan tol akan di hapuskan , PTPTN pun turut sama mahu di mansuhkan.Bukan itu sahaja sejak DAP menang di Pulau Pinang pada 2008 , Lim Guan Eng umumkan bayaran saman parking yang dikenakan  zaman kerajaan BN dihapuskan serta merta.Memang hebat permainan politik mereka namun kemudiannya mulalah satu persatu di caturnya termasuklah penambahan lebih banyak petak parking serta melanjutkan masa kutipan.Lebih menarik penambahan petak parking itu turut di lakukan di Seberang Perai Selatan , Nibong Tebal di mana lebih 70 peratus penduduk di sana adalah golongan sederhana.Ini di akui sendiri oleh pemimpin DAP cawangan pekan Nibong Tebal.


No comments:

Post a Comment