Singapura cukup terkenal dengan sikap hidung tingginya. Negara itu gemar memandang rendah terhadap Malaysia dan sering mengejek atau memperlekeh Malaysia. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa hubungan baik Malaysia dengan Singapura adalah satu hipokrasi semata-mata, sekurang-kurangnya di pihak Singapura.
Telah beberapa kali Singapura dengan sengaja menyakitkan hati kita dengan menggambarkan Malaysia sebagai tidak selamat dan tidak cukup baik berbanding negara itu. Kononnya pihak keselamatan kita tidak cekap dan tidak mampu membendung jenayah.
Dalam masa yang sama, terdapat juga rakyat Malaysia sendiri yang mengagungkan Singapura melebihi negara sendiri. Segala-galanya ingin dibandingkan dengan Singapura sama ada dari segi pendapatan atau kemajuan. Bagi mereka, Singapura adalah kiblat dan Malaysia perlu diubah dan ditukar agar menyamai negara itu dari segi sosial, pendidikan dan segala-galanya.
Hakikatnya, yang ingin diubah agar menepati Singapura itu hanyalah satu iaitu: ‘dikuasai oleh kaum Cina’.
Namun, negara yang terkenal sebagai ‘bandar saman’ itu akhirnya terbukti sebagai tidak sehebat mana berbanding Malaysia. Walaupun berjaya menutup mulut dan menekan kaum Melayu di sana agar menerima nasib sebagai warga kelas tiga, tetapi Singapura tidak mampu menahan kemarahan orang-orang asing yang ditindas di negara itu.
Kita tahu bahawa Singapura menyambut baik tenaga professional dari luar dan diberi gaji yang sebegitu tinggi tetapi sikap kiasu semulajadi kaum Cina membuatkan mereka melayan tenaga buruh dan pekerja asing peringkat bawahan dengan buruk sekali. Akibatnya, dua hari lepas, negara itu menyaksikan rusuhan paling buruk sejak 1969.
Perusuh dikenalpasti sebagai warga asing yang tidak puas hati dengan gaji yang begitu rendah.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ini bukan kes pertama warga asing menunjukkan rasa tidak puas hati mereka di negara itu. Tahun lepas seramai 170 pemandu bas warga China telah melancarkan mogok menuntut gaji dan layanan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment