Forum antarabangsa anjuran Umno Malaysia semalam dilihat telah menempa sejarahtersendiri apabila berjaya menyediakan platfrom khas untuk pemimpin Fatah danHamas berkongsi penderitaan rakyat Palestin. Forum yang diadakan semalam itubertemakan Kesederhanaan Politik diadakan bersempena Perhimpunan Agung Umnoyang akan di adakan bermula hari ini.
Ia juga diharapkan agar kedua-dua parti (Fatah dan Hamas) dapat mengabung-jalinkanserta mencari titik perpaduan sekaligus membentuk kerjasama demi kebaikan rakyatPalestin.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum Antarabangsa UMNO 2013, Datuk Dr.Norraesah Mohamad ketika ditemui berkata, Fatah diwakili oleh Timbalan KomisionerHubungan Luarnya, Dr. Abdullah M. Abdullah manakala pihak Hamas oleh Ketua BiroPolitiknya, Khaled Meshaal.
Hamas sebelum ini dilaporkan teah meminta kerajaan Malaysia pimpinan Datuk SeriNajib Tun Razak agar menjadi perantara kepada proses damai antara Hamas danFatah. Mereka dikatakan telah meletakkan kepercayaan kepada Umno sekaligusmembuktikan, Umno bukan sahaja menjadi tunjang kepada masyarakat di Malaysiatetapi menjadi sandaran umat antarabangsa seperti di Palestin.
Kebolehpercayaan masyarakat antarabangsa terhadap Umno telah membuktikan partiitu bukan sahaja mampu menjalankan tanggungjawabnya dalam negara tetapi perlumemainkan peranan yang lebih besar di peringkat antarabangsa.
Seharusnya kepercayaan terhadap Umno oleh Fatah-Hamas ini menjadi teladankepada parti politik dalam negara untuk duduk bersama Umno demi tanggungjawabterhadap Agama, Bangsa dan Tanahair ini. Parti politik di Malaysia harus menolakperbezaan pandangan politik dalam hal yang berkait dengan kepentingan agama dannegara.
Malangnya kepentingan agama dan kepentingan umum banyak dipolemikkan demi survival politik masing – masing tanpa jalan penyelesaian yang menguntungkan agamadan rakyat. Setiap parti perlu berlapang dada dan mengikhlaskan hati demi kepentinganrakyat sejagat. Islam menyeru kepada perpaduan, Islam melarang umatnya berpecah –belah.
Ini bukanlah kali pertama Malaysia menjadi orang tengah dalam proses damaidiperingkat antarabangsa. Malaysia telah pun berjaya menjadi orang tengahperdamaiaan antara kerajaan Filipina dengan puak pemisah Mindanoa. Selain itu, Malaysia juga telah mendamaikan ketegangan antara kerajaan Thailand denganmasyarakat Islam di Selatan Thailand. Ini menjadi kayu ukur kejayaan Malaysia yangtelah diambil kira oleh kumpulan Hamas dan Fatah.
Dalam konteks perpaduan negara, Muzakarah antara Umno – Pas mestilah diterimadari sudut pandang positif. Ambillah iktibar dari utusan Nabi SAW bahawa kehadiranbaginda adalah untuk menyatukan keseluruhan umat tanpa mengambil kira taraf ataukepentingan sesuatu kabilah. Penyatuan ummah Ansar Muhajirin menjadi titik tolakkearah penyatuan ummah di dunia ini.
Kini Nabi SAW sudah tiada, tetapi menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah yangada hari ini untuk meneruskan agenda penyatuan ummah di dunia dan di Malaysia.Bersegeralah untuk bersatu demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Jangan tunggu apabilakita sudah bergolak seperti di Palestin baru kita mahu mencari jalan penyatuan. Bakkata pepatah jangan tunggu seperti sudah terhatuk baru terngadah.
No comments:
Post a Comment