Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 23 October 2013

Wow.... Hari pertama dah penuh orang dengar ceramah !!!! @ZambryAbdKadir

Pas sebagai calon tunggal dilihat begitu agresif dan terdesak untuk mempertahankan kerusiDUN Sungai Limau.

 

Sebagai contohsemalam bertempat di PDM Ulu Sedaka mereka telah mulamengadakan ceramah bagi menarik sokongan pengundi untuk terus menyokong partiituDengan menggunakan slogan Anak Muda Sokong Ustaz Mohd Azam AbdSamat’ mereka menganjurkan jamuan makan BBQ.

 

Namun sayangnya program yang diadakan itu GAGAL menarik kehadiran yangmengalakkanDianggarkan hanya 45 orang sahaja yang hadir pada program tersebutwalaupun pihak penganjur menggunakan khidmat ‘Leman Badut Lawak Pas’ bagimenarik kehadiran penduduk.

 

Leman, Si Badut Lawak Pas pada program tersebut telah bertindak sebagaipengacara majlis dan BADUT bagi menceriakan suasanaWalaupun kalah dantersingkir awal dalam program Maharaja Lawak tidak beberapa lama dahulunamunternyata Leman masih memasang azam untuk meneruskan karier sebagai BADUT.Cuma bezanyadulu dia berlawak di dalam televisyen namun kini diamenjadi BADUT di pentas ceramah.

 

Paling menarik calon Pas ketika menyampaikan ucapan alu-aluan cubamengeksploitasi agama Islam sebagai modal kempenDia mengatakan kononnyamereka yang berjuang bersama  Pas akan dikira sebagai ibadat oleh Allah swt.

 

Yang peliknyaketika kerajaan BN dan majoriti umat Islam di negara ini cubamenghalang permohonan gereja bagi menggunakan kalimah Allah di dalam Bible, Pasdilihat mengambil pendirian menyokong permohonan tersebutIa dilakukan kerana akurdengan ‘ARAHAN’ DAP dan sekali gus untuk memancing golongan bukan Islam untukterus bersama parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

 

Menarik bukan, di hadapan orang Kristian, Pas mendakwa parti itu menyokong tuntutangerejamanakala di hadapan orang-orang kampung mereka menggunakan Islam untukmeraih sokonganSungguh hebat permainan mereka.

 

Berbalik kepada isu kehadiran yang mengecewakan itu, Pas nyata terkejut denganpendekatan tersebutIni kerana PDM Ulu Sedaka adalah merupakan kubu kuat partiituMalah mengikut rekod PRU-13, BN tewas kepada calon Pas dengan majoriti 245undi.

 

Tapi persoalannyamengapa program tersebut GAGAL mendapat sambutan? Nampaksangat calon yang diketengahkan tidak dikenali oleh penduduk tempatanwalaupunPas mendakwa calon mereka dikenali ramai.

 

Kesimpulannya BN masih mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN SungaiLimauIni kerana pada PRU-13 faktor Ustaz Azizan begitu kuat mempengaruhipengundi di kawasan tersebutNamun calon pada kali ini bukan dari kumpulan ulama,tambahan pula semasa hayatnya kelompok Endorgan dan Liberal Pas telah menjadikanUstaz Azizan antara musuh yang WAJID ditumbangkan.

No comments:

Post a Comment