Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday, 26 March 2013

Suami Kepada Sepupu Taib Mahmud Orang Anwar ???

Setelah terdedah pendalangan pembangkang dalam insiden Lahad Datu, tentulah pelik sekali jika masih ada rakyat Sabah yang memilih pembangkang dalam Pilihanraya kali ini.   Di tambah lagi apabila semua orang boleh melihat sendiri bagaimana pembangkang, terutamanya Anwar Ibrahim langsung tidak mengecam pihak Sulu setiap kali merujuk kepada insiden tersebut, tetapi hanya mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan negara.   Nampak jelas, yang Anwar cuba menjaga hati pihak Sulu dan juga MNLF. 

Tetapi, di masa yang sama, pembangkang langsung tidak menjaga hati anggota-anggota keselamatan negara mahupun keluarga mereka-mereka yang terkorban.  Malah, pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara, mempertikai kedudukan syahid mereka, malah tidak kurang juga penyokong pembangkang yang mentertawa dan menghina wira-wira negara itu. 

Sikap tidak sensitif, tidak patriotik dan pengkhianatan pembangkang terhadap Sabah, dan Malaysia khasnya, menyebabkan peluang mereka untuk bertapak di negeri itu hancur sama sekali. 

Maka, tumpuan pembangkang pantas beralih kepada Sarawak pula. 

Justeru, terbitlah sebuah ‘filem pendek’ baru di Youtube, lakonan sepupu Taib Mahmud, Norlia dan Fatimah Rahman yang telah lama menyimpan dendam terhadap Ketua Menteri itu. 

Video tersebut berkisar perbincangan antara kedua mereka dengan ‘pelabur’ dan ‘peguam’ mengenai cadangan pelaburan melalui ‘jalan belakang’ iaitu secara tidak telus, tanpa mengikut prosedur tetapi hanya melalui ahli keluarga Taib Mahmud terus kepada Taib Mahmud.  Kononnya untuk memperlihatkan kepada dunia, betapa korupnya Taib Mahmud. 

Melihat dari gerak laku, skrip, tempat dan watak-watak terbabit, kesahehan video tersebut yang kononnya diambil secara ‘candid’ atau tidak disedari, amatlah meragukan.   Malah, jelas sekali bahawa ianya telah dirakam dengan sengaja dan semua pihak yang terbabit di dalamnya sedia maklum mengenai rakaman tersebut. 

Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seperti yang dikatakan tadi, sepupu Taib Mahmud itu mempunyai dendam lama yang belum berbalas terhadap Taib Mahmud.  Dendam bermula apabila 30% dari konsesi balak bapa mereka, Rahman Yakub, telah dibatalkan sejurus selepas Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri pada 1981.  Alasan Taib Mahmud, bapa mereka telah mengamalkan nepotisme secara kronik di mana lesen pembalakan telah dianugerahkan kepada diri sendiri dan sanak keluarga terdekatnya sahaja. 

Perbalahan dalam keluarga ini menjadi parah apabila Rahman Yaakub disingkirkan dari jawatan Yang diPertua Negeri pada tahun 1985.   Beliau kemudian melancarkan serangan balas terhadap Taib Mahmud pada tahun 1987 melalui apa yang dipanggil ‘Ming Court Affair 1987’ dengan mengumpul tandatangan bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap anak saudaranya.  Namun, beliau gagal apabila Taib Mahmud mengadakan pilihanraya secara tiba-tiba dan menang.  Walaupun kerusi yang dimenangi Taib Mahmud adalah tipis iaitu 28 daripada 48, tetapi ia bertambah kemudiannya apabila 8 lagi ADUN menyertainya. 

Justeru, dendam keluarga Rahman terhadap Taib Mahmud terus membara dan diwarisi oleh anak-anaknya. 

Jika ini belum cukup untuk membuktikan bahawa video tersebut merupakan lakonan semata-mata, maka suami Norlia iaitu, Justin Jinggut mungkin mampu menjelaskan segala-galanya.  Ini kerana Justin Jinggut adalah seorang yang akrab dengan Anwar Ibrahim dan sedang melobi sakan untuk tempat yang tinggi di dalam PKR sempena PRU ini. 

Justin Jinggut adalah bekas Timbalan Presiden SNAP dan pernah bertanding atas tiket BN pada tahun 1990 tetapi tewas kepada Billy Abbit dari Bebas.   Ditubuhkan pada 1961, SNAP pernah menjadi parti komponen Barisan Nasional Sarawak.  Pendaftaran parti tersebut bagaimanapun, telah dibatalkan pada 2002 berikutan gagal mematuhi notis ROS.

Sebagai Timbalan Presiden, Justin Jinggut telah bertindak memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS, bagaimanapun ia ditolak Mahkamah Tinggi pada 15 September 2006.  Pada 23 Jun 2010, Mahkamah Rayuan mengekalkan pendaftaran parti itu selepas membenarkan rayuan Justin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Februari 2012 Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran ROS untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.  Bagaimanapun, keputusan kekal bahawa pendaftaran SNAP terbatal. 

Maka, tidak hairan jika Justin sanggup melakukan apa saja untuk bertapak kembali di dalam politik dan isterinya pula sudah tentu lebih dari bersedia untuk membantu apatah lagi dengan peluang untuk membalas dendam yang telah lama membara terhadap sepupunya, Taib Mahmud. 

Walaubagaimanapun, nampaknya dendam tetap tidak terbalas kerana video berkenaan ternyata terlalu dangkal dan lemah lakonannya.  

No comments:

Post a Comment