Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 20 March 2013

Dulu Surau, Kini Markas ???

Surau Istiqlal Taman Mewah Kamunting kini menjadi Markas Pas, surau yang dahulunya menjadi tumpuan anak-anak kariah untuk menuntut ilmu agama kini sudah tersasar jauh dari maksud dan matlamat pembinaan sebuah rumah Allah.

Apa tidaknya, setiap kali majlis ilmu ia bertukar menjadi majlis ceramah Pas. Tokoh-tokoh Pas yang sering hadir ialah Ustaz Zainal Abidin Saad ( Kagat) sendiri yang sebelum ini berulang dari Manjung, Ustaz Manolito Dahalan, Ustaz Hatta, Osman Noh dan ramai lagi,

Majlis yang menggunakan nama majlis ilmu akan bertukar menjadi majlis maki hamun, sumpah seranah terhadap kerajaan yang memerintah.

Pernah berlaku satu kejadian di mana seorang jemaah iaitu ustaz Amin, beliau telah menegur sikap penceramah yang gemar berpolitik di dalam masjid.

Akibatnya Pas Taman Mewah telah menyuruh balaci mereka seperti Pak Harun, Pak Din Santan, adik kepada Mahyuddin Pasar Segar telah menegur dan memberi amaran kepada Ustaz Amin supaya tidak mengkritik ustaz-ustaz Pas yang datang penceramah politik. Ustaz Amin dihalau oleh balaci-balaci Pas daripada hadir ke surau tersebut.

Kes ini samalah juga berlaku kepada Cikgu Ismail Mamak Kpg Expo, beliau dahulunya seorang Bendahari tetapi setelah dirampas jawatan kuasa oleh Pas, Cikgu Ismail dihalau dan dilarang memijak masjid Kpg Expo.

Isu menghalau jemaah masjid juga berlaku kepada pengasas dan sebuah masjid di Langgar Alor Setar. Seorang ahli Pas dan juga seorang guru telah berhajat untuk membina sebuah masjid dengan titik peluhnya sendiri. tetapi setelah masjid siap,

Datang puak-puak Pas celaka telah merampas masjid tersebut dan menghalau pengasas daripada memijakkan kaki ke masjid yang dibina dengan titik peluhnya. Malah pengasas yang kini seorang Guru Besar pencen dituduh oleh Pas sebagai menggelapkan wang masjid.

Dahulu semasa pengurusan surau ditadbir oleh orang Umno, Pas datang merampas kuasa secara mendesak diadakan mesyuarat agung.

Bagaimanapun setelah berjaya merampas, AJK Pas tidak pernah mengadakan mesyuarat agung untuk membentangkan penyata kewangan dan laporan tahunan.

Sama seperti di masjid Kg Expo, kini sudah 13 tahun mereka mengurus takbir, tidak pernah sekalipun mereka mengadakan mesyuarat agung untuk membentangkan laporan kewangan dan sebagainya.

Baru-baru ini AJK Masjid Kg Expo telah dirombak dan mereka terpaksa meletakkan 3 nama AJK yang terdiri daripada orang Umno tetapi setiap kali membuat program 3 AJK ini diabaikan.

Nama AJK baru telah diwartakan pada Julai tahun lalu dan hanya akan berakhir pada 2015. Kini kita sudah berada dalam akhir Mac 2013 tetapi belum pun ada mesyuarat agung.

Surau Istiqlal kini bertambah kaya kerana sebahagian tanah surau di sewakan kepada sebuah syarikat telekomunikasi dan mendirikan tiang pemancar. Sudah tentu surau itu mendapat sewaan yang tinggi setiap bulan.

sumber

No comments:

Post a Comment