Perletakan jawatan sebagai Speaker di Parlimen Singapura oleh seorang pemimpin politik negara itu, Michael Palmer berikutan pendedahan skandal seksnya dengan pekerja wanita sebenarnya memberi satu teladan yang mulia untuk diikuti pemimpin pembangkang di Malaysia.
Mulia bukan kerana skandal nafsu seksnya tapi mulia kerana berani mengaku kesilapan dan sanggup memikul tanggungjawab dengan melepaskan jawatan yang disandang sekaligus mengelakkan parti dan kawasan yang diwakilinya menanggung malu.
Tapi kita di Malaysia cukup pelik dan unik, ramai pemimpin pembangkang yang bernaung di bawah gabungan haram PR apabila terdedah skandal seks mereka kepada umum, rata-ratanya lebih selesa buat bodoh dan pekakkan telinga sahaja.
Sedikit ucap kata maaf pun tak kedengaran, apatah lagi nak mengaku kesilapan seterusnya meletakkan jawatan duniawi yang disandang.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dikatakan mengetuai PR sampai sekarang masih kekal dengan egonya enggan mengakui hakikat sekalipun video asmaranya dengan seorang pelacur Chinadoll yang tersebar di merata pelusuk dunia maya telah disahkan ketulenannya.
Walaupun sudah sahih lelaki dalam video itu adalah suami kepada Presiden PKR merangkap bapa kepada Naib Presiden parti itu, namun masing-masing anak beranak sekadar banyak bersilat lidah dengan harapan alasan tetek labuh dan perut boroi akan memadamkan ingatan ramai terhadap aksi tergaru-garu Chinadoll dalam video tersebut.
Jam omega yang kononnya ada dalam simpanan isteri kepada lelaki 'berbatang bengkok' itu sehingga kini tidak terdaya dibuktikan ada dalam simpanannya, sebaliknya si suami ke sana ke mari gah pula bercakap pasal tawaran mega. Memalukan betul.
Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kelihatannya lebih selesa terus menikmati puncak kuasa biarpun terpalit dengan skandal dengan bekas pekerjanya sendiri.
Sekalipun luka di dahi jelas kelihatan hasil lemparan kasut isteri sendiri, Betty Chew yang berang dengan kelakuan liar suaminya namun dek kerana sayangkan jawatan maka sampai sekarang Setiausaha Agung DAP itu terus berpaut pada kuasa.
Barangkali Guan Eng merasakan tidak adil jika hanya dirinya saja yang mengakui keterlanjuran tersebut, sedangkan ADUN PAS Selising, Kelantan yang kantoi meneroka khazanah isteri rakan di dalam kereta api sampai saat ini masih kekal sebagai wakil rakyat.
Malah Setiausaha Agung, Mustafa Ali yang video intimnya dengan beberapa wanita GRO telah dirakamkan oleh juak-juak Anwar dalam PAS juga hingga sekarang buat bodoh sahaja.
Hatta untuk melakukan sumpah laknat bersaksikan Allah s.w.t pun Mustafa Ali tak sanggup lakukan untuk menafikan aksi mesranya itu. Bukan dia saja, Anwar Ibrahim pun tak sanggup menerima murka Allah s.w.t sekiranya melakukan sumpah laknat bersandarkan aturan Islam.
Sedangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bersedia menyerahkan nasibnya pada kekuasaan Allah s.w.t dengan melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dirinya tidak bersalah dalam isu Altantuya yang dipropagandakan pembangkang, kenapa tidak untuk Mustafa dan Anwar yang mengaku lebih Islamik mengikuti kaedah tersebut?
Alhamdulillah terbukti benar PM tidak bersalah, sedangkan jika lafaz sumpah laknat itu palsu, pastinya beliau sudah dilaknat oleh Allah s.w.t dalam jangka masa seawal 40 hari atau 2 bulan atau paling lambat setahun selepas sumpah laknat dilafazkan.
Kalaupun pemimpin PR yang beragama Islam seperti Anwar, Mustafa atau ADUn PAS Selising tidak yakin dengan keadilan Allah s.w.t melalui kaedah sumpah laknat, setidak-tidaknya ikutilah jejak Palmer dengan mengakui keterlanjuran sendiri seterusnya menginsafi kesilapan.
Jika bernasib baik, sekiranya rakyat masih menerimanya, nasib Anwar dan Mustafa mungkin sama seperti Presiden MCA, Chua Soi Lek dapat kembali ke puncak kuasa semula.
Hakikatnya, sama ada Anwar, Mustafa ataupun ADUN PAS Selising kesemua mereka beragama Islam, berbeza dengan Soi Lek yang non-muslim. Jika ketiga-tiganya mengaku terlibat dengan skandal intim yang dimaksudkan akibatnya sama seperti menggantung tali ke leher sendiri.
Tiada maaf dari rakyat yang beragama Islam yang mementingkan akhlak dan moral yang baik mengikut kehendak agama terhadap mereka dan PR kelak.
Jadinya alang-alang tidak sanggup bersumpah laknat bersaksikan Allah s.w.t dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" dan memohon maaf pada khalayak, pada andaian mereka lebih baik membuat dolak dalik politik dengan harapan masih ada segelintir orang yang mempercayai mereka tidak melakukannya.
Apapun apabila kita bercakap pasal moral dan akhlak, jelas sekali Michael Palmer, bekas Speaker Parlimen Singapura itu jauh lebih mulia berbanding ramai pemimpin utama PR. Palmer nampaknya akur dengan tuntutan rakyat yang mahukan pemimpin yang bermoral tinggi berbeza sekali sikapnya dengan pemimpin PR.
No comments:
Post a Comment