Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday, 11 December 2012

Harapan Palsu Disebalik Himpunan PR Di Seremban

Pakatan Pembangkang nampaknya belum mahu beralah apabila masih aktif memainkan propaganda angka dan nombor sambil mendakwa kekuatan yang mereka miliki amat menggerunkan pemimpin BN.

Dalam perkembangan terbaru, Sabtu lepas para pemimpin PR telah mengerahkan para penyokong dan jentera-jentera pilihanrayanya berhimpun di Seremban, Negeri Sembilan dalam usaha mereka menonjolkan kekuatan jentera mereka untuk menggertak BN Negeri Sembilan.

Seperti biasa ahli dan penyokong PAS dari seluruh negera terutama dari Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak serta beberapa negeri lain di kerah menghadirkan diri.

PKR dan DAP juga turut sama mengeluarkan arahan kepada ahli mereka, bagaimanapun hanya terhad kepada mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sahaja.

Mengikut beberapa portal dan blog pro pembangkang lebihkurang 30,000 hadirin telah memenuhi majlis tersebut terutama semasa program pada malamnya, ramai yang berpayung dan ramai juga yang kesejukan ditimpa hujan.

Dengan tema Himpunan Kebangkitan Rakyat, pada awalnya PR menjangkakan 50,000 orang akan memenuhi setiap ruang padang yang seluas lebih kurang sebesar sebuah padang bola sepak di Taman Seremban Jaya itu.

Itu jangkaan mereka beberapa hari sebelum program berlangsung. Namun kehadiran yang diumumkan oleh kebanyakan portal dan blog pembangkang ialah 30,000 orang.

Kebiasaannya jika angka jangkaan gagal ditepati maka ia dikatakan gagal atau kurang berjaya, tak begitu?

Ramai penyokong PR yang sedar angka sasaran gagal digapai, namun ego sendiri dan malu alah sendiri terpaksa disembunyikan maklumlah setakat ini rekod kehadiran lebih 100k orang di Stadium Bukit Jalil dalam majlis anjuran UMNO belum lagi mampu di atasi.

Hakikatnya, sama ada 30,000 orang atau 50,000 orang kehadiran di atas padang becak pada malam itu sebenarnya melampau lojik akal. Satu meter persegi tidak mungkin mampu menampung 10 orang manusia yang berdiri sambil berpayung, tak gitu?

Padang yang sebesar lebih kurang sebuah padang bolasepak itu, hakikatnya cuma mampu menampung sekitar 10,000 orang sahaja atau dalam keadaan terlalu padat mungkin angka akan mencecah 13,000 hingga 15,000 orang.

Bila diambil kira ruang yang digunakan untuk pentas dan gerai-gerai orang berniaga, maka ruang kosong untuk hadirin di tengah-tengahnya akan makin mengecil.

Angka paling tepatpun hanya sekitar 7,000 hingga 8,000 orang sahaja yang hadir pada malam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Sabtu lepas.

Kalau nak bagi besarkan sikit angka, maka kita kira sekalilah jiran-jiran tetangga yang mendengar dari rumah-rumah dan kedai berdekatan, maka angka itu kita genapkan jadi 10,000 orang sahaja.

Tapi biasalah, sudah tabie semulajadi PR untuk memperbesarkan angka dan nombor, nawaitu yang penting bagi mereka ialah untuk menunjukkan mereka tetap kuat sekalipun terpaksa mengangkut penyokong.

Soal terpaksa berhabis duit untuk menampung perbelanjaan menyewa hotel bujet dan wang pengangkutan tidak pernah menjadi persoalan, tapi ia akan menjadi isu besar kiranya BN yang melakukannya. Dwi standard itu biasalah.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu ketika mengulas program anjuran PR di Seremban itu gah menyatakan 'kejayaan' majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut bakal membolehkan PR menguasai Negeri Sembilan.

Dengan yakin Mat Sabu mengumumkan bahawa semasa PRU 13 kelak menjelang jam 7 malam hari mengundi kelak akan diketahui bahawa Wisma Negeri sudah ditawan oleh PR.

Over confident betul. Mat Sabu lupa, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan negeri hanya pengundi anak negeri berkenaan sahaja yang layak membuat keputusan.

Penyokong DAP, PKR dan PAS yang diangkut dari Kelantan, Perak, Terengganu misalnya hanya sekadar dapat meramaikan majlis tapi tidak layak untuk mengambil bahagian menentukan kerajaan negeri lain, kecualilah kalau PR sebenarnya telah secara terancang memindahkan para pengundinya ke kawasan-kawasan atau negeri lain.

Atau sebenarnya, keyakinan Mat Sabu itu disebabkan sudah ramai pengundi PR dipindahkan ke kawasan-kawasan BN, sebagaimana pernah dilakukan oleh PAS Kedah, PAS Kelantan dan PKR Selangor yang aktif memindah pengundinya ke DUN dan Parlimen milik BN?

Apapun, tak salah untuk Mat Sabu terus berangan, namun percayalah tak selamanya majoriti rakyat akan lena diulit mimpi dan harapan palsu dari PR kerana bila tiba masa mengundi nanti, sebahagian besarnya tetap akan mendahulukan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi propaganda pemimpin PR.

No comments:

Post a Comment