Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada Julai lalu pernah mengisytiharkan
bahawa PAS merupakan parti yang paling kuat dalam pakatan pembangkang
serta menjadi tulang belakang dan tonggak utama kepada Pakatan Rakyat
(PR).
Sebulan kemudiannya, kenyataan Hadi itu disokong pula oleh Setiausaha
Agung PAS, Mustafa Ali yang sekali lagi menekankan bahawa PAS kekal
berperanan sebagai tulang belakang PR.
Dengan kata lain, ia bermaksud PAS lebih dominan dan berkelayakan untuk
memandu arah tuju PR berbanding DAP dan PKR dalam pakatan parti yang
longgar itu.
Kedua-dua kenyataan dari pemimpin PAS itu timbul selepas wujud
kesangsian umum terhadap kemampuan PAS untuk mempertahankan hak orang
Melayu Islam dalam pentadbiran kerajaan sekiranya PRU 13 kelak dikuasai
oleh PR.
Ramai penyokong dan ahli PAS menarik nafas lega dengan penegasan
tersebut sekaligus mengikis rasa rendah diri mereka berikutan dakwaan
ramai sebelum ini yang mengatakan PAS hanyalah balaci dan keldai
tunggangan kepada DAP dan PKR.
Mereka sedar dan mengerti, jika PAS gagal mendominasi PR serta tidak
berupaya menjadi tulang belakang yang menggerakkan kekuatan pakatan itu,
bermakna PAS tidak layak mengambil alih peranan UMNO untuk
mempertahankan kuasa politik orang Melayu Islam.
Namun kelegaan itu ternyata hanya ilusi semata-mata apabila AJK PAS
Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam program bual bicara Let Talks
mengeluarkan kenyataan bahawa dalam PR tiada parti yang menjadi dominan.
Maksudnya, PAS tidak dominan dalam PR, bukan tulang belakang pakatan
tersebut dan langsung tidak layak untuk menjadi ketua sebaliknya dengan
pengakuan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor itu mengesahkan PAS hanya
layak menjadi balaci.
Atau lebih tepat lagi PAS adalah balaci DAP kerana terbukti dalam apa
sahaja isu parti rasis Cina itu jelas mendominasi PR. Apa sahaja dasar
dan prinsip perjuangan PAS yang tidak cocok dengan pendirian DAP, wajib
di bakul sampahkan sahaja.
Jadi, ini merungkai banyak tanda tanya kenapa selama ini dalam banyak
perkara melibatkan bangsa Melayu dan agama Islam, PAS lebih banyak
mengalah kepada DAP termasuklah yang terbaru Kerajaan PAS Kelantan
tunduk pada kehendak DAP dalam isu salun rambut.
Pengisytiharan Presiden PAS dan Setiausaha Agungnya konon PAS adalah
tulang belakang seraya dengan itu berperanan besar menentukan corak
haluan dalam PR ternyata hanya omongan kosong sekadar untuk
menghilangkan resah ahli dan penyokong PAS sahaja.
Kalau pun benar PAS adalah tulang belakang PR, tidak lebih hanya sekadar selembut tulang belakang sotong saja.
No comments:
Post a Comment