Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 27 April 2012

Makkah dan Madinah dicemari najis Beersih.!!!!!!

Yang gua tahu, umat Islam ke Mekah dan Madinah untuk beribadat dan sucikan hati dari sifat-sifat keduniaan.., bukannya untuk bersihkan pilihanraya..

Tapi lain hal pulak dengan penganut-penganut agama PAS dan Ambiga.. Dorang dah jadikan dua Kota Suci umat Islam tu sebagai tempat untuk lancarkan ideologi haram dorang.. Memang macam gampang!!

Lidah rasmi PAS HaraMkah melaporkan.., gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah semalam.

Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.

Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.

Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.

Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.

Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.


No comments:

Post a Comment