Friday, 5 April 2013

Naya... Nurul Izzah Kena Terajang !!! Terduduk terus...!!!


Nurul Izzah benar-benar menurun sebelah bapanya, tidak sahaja pandai berdebat dan bercakap, tetapi juga hebat temberang dan tipu perdayanya.

Dia dah cabar pemimpin-pemimpin UMNO-BN berdebat tentang isu rakyat yang bersangkutan dengan Lembah Pantai. Konon-kononnya dia tahu semua benda la. 

Dan konon-kononnya juga, dialah pembela golongan miskin di Lembah Pantai biarpun muka dan batang tubuhnya terlalulah sukar untuk dilihat di Lembah Pantai. 

Bahkan dalam banyak isu yang dia kemudian tunjuk muka, Nurul Izzah seperti tenggelam punca dan tidak ketahuan hala, sepertimana yang berlaku di Jalan Kubur, Pantai Dalam tidak lama dahulu.

Nurul Izzah mahu bercakap tentang Kompleks Niaga Bangsar Utama. Rasa-rasanya, Nurul Izzah tidak pernah pun jengok dan tengok apa yang ada di dalam Kompleks Niaga berkenaan.

Asalnya kawasan tu menempatkan para peniaga dari Taman Razali di Jalan Bangsar yang sekarang ini sudah bertukar menjadi landasan keretapi dan komuter.

Bila Nurul Izzah bercakap kononnya, para peniaga di kompleks berkenaan diarahkan pindah tanpa disediakan tempat untuk berniaga sebagai ganti apabila kompleks berkenaan akan ditukarkan menjadi apartment, anak sulung Anwar Ibrahim itu sebenarnya seorang yang tidak sahaja bodoh, tetapi juga tidak pandai dalam apa-apa bidang SAMA SEPERTI PAPA JAHATnya, tetapi cukup kuat kelentong dan temberangnya menerusi kekuatan debat dan berbahas.

Begitu juga dengan arahan agar para peniaga pasar malam Kampung Kerinchi yang diarahkan tidak menutup jalan, cuba hendak dibela oleh Nurul Izzah walaupun perempuan itu tidak pernah turun dan berkenal-kenalan dengan para peniaga pasar malam di situ yang sudah-sudah tentu, bukanlah penduduk Kampung Kerinchi.

Putar belit Nurul Izzah dan dipanjangkan pula oleh Keadilan Daily yang sememangnya diketahui cukup hebat dengan penipuan mereka, sudah cukup untuk menggambarkan betapa terdesaknya anak Anwar Ibrahim itu untuk mempertahankan kedudukannya di Lembah Pantai.

Apakan tidak, penduduk dan pengundi di Lembah Pantai sudah mula memperkatakan dan membandingkan Raja Nong Chik dengan Nurul Izzah. 

Malah ramai juga yang membandingkan Nurul Izzah dengan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Shahrizat Jalil dari segi mutu kerja dan kerajinan mereka mengambil tahu serta menyelesaikan masalah rakyat.

Sedangkan Nurul Izzah pula, cara penyelesaiannya dan menjaga kebajikan rakyat hanyalah dengan BERDEBAT! Mentaliti bangang yang diakidahkan oleh Nurul Izzah ini sebenarnya tidak lebih daripada usaha penipu untuk terus menipu!!! - TFK

Ps: Apa lagi yang Si Nurul Izzah ni boleh buat? Dia memang setakat tau bercakap dan menipu je. 

Dia bukannya reti nak jaga Kebajikan Rakyat. Nak turun padang? Jangan harap la!!! Nama je jadi Wakil Rakyat, tapi kerja satu hapah pun dia tak tau!!! Buat semak boleh la!!!
 

No comments:

Post a Comment