Friday, 5 April 2013
PAS tuduh UMNO patah buluh bendera !!!! @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own
Setelah pembubaran Parlimen kelmarin, parti yang akan bertanding dalam PRU 13 mula memasang bendera masing-masing. Semua kawasan di seluruh Malaysia telah melancarkan 'Perang Bendera'.
Di Parlimen Lumut juga tidak ketinggalan. Jentera Pilihanraya telah mengorakkan selangkah lagi untuk kehadapan kerana tarikh pilihanraya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Satu kejadian berlaku semalam apabila seorang PEMUDA PAS di Peti Undi Sungai Wangi datang menyerang Ketua PDM dan menuduh bendera mereka telah disabotaj oleh orang UMNO. Alangkah terkejutnya Black apabila mendapat perkhabaran ini. Setahu Black, orang UMNO di Kampung Sungai Wangi tidak suka dengki mendengki.Ini bukan sikap orang UMNO. Lagi pun hanya beberapa bendera buluh sahaja yang patah. Kalau nak dibandingkan dengan bendera UMNO yang dicantas dan dipatahkan buluhnya di kampung ini adalah lebih dari 100. Tapi pihak BN tidak pernah menuduh orang PAS di kampung ini yang melakukan. Setiap kali patah, setiap kali itulah bendera BN diganti dengan buluh yang baru. Kalau tak percaya.KLIK SINI.
Black tidak menuduh sesiapa... tapi rasanya bendera hamPAS ini dipatahkan oleh orang sendiri, tapi dari kawasan lain. Bila sudah patah, boleh la tuduh orang UMNO yang melakukan. Busuk betul hati khawarij hamPAS ini. Black mendapat maklumat dari orang dalaman PAS kawasan Lumut, sememangnya ada beberapa kumpulan yang ditugaskan untuk menumbang bendera sendiri. Bila dah tumbang, boleh tuduh UMNO. Ini adalah permainan yang dilakukan oleh PR selama ini. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk meraih simpati rakyat.
Itu lah PAS, Penyebar Ajaran Syaitan.
ReplyDelete