Friday, 5 April 2013

Nurul Izzah Malukan diri sendiri ??? Biar betul...


Kalau bab mengutuk dan bangkang semua tindakan pihak Kerajaan ni, memang kita boleh serah pada Si Nurul Izzah ni. Dia memang Ratu BAF.

Kerja dia hari - hari pun asyik memBANTAH, mengAUTA dan memFITNAH. Tak de la kerja lain. Itu je kerja yang dia pandai buat.

Jadinya, tak menjadikan satu benda yang pelik la bila dia tampil dengan kenyataan yang jelas mempertikaikan kerja - kerja pihak Polis ni.

Kata Si Nurul Izzah ni, pihak Polis hanya tau nak ikut arahan dan tidak menjalankan tugas dengan cara yang profesional. Kiranya Polis ni tak tau apa - apa.

Apa yang peliknya dalam kenyataan Si Nurul Izzah ni ialah dia ada hati ke nak lantik Datuk Seri Hishammuddin jadi Menteri kalau Pakatan memerintah kelak?
“Kenyataan daripada Hishammuddin tidak boleh diterima dan melanggar tanggungjawab yang diberikan kepadanya, kalau kita memerintah kita akan pastikan orang seperti ini tidak jadi menteri,” kata Nurul dalam satu forum bertajuk “Creating a Rising Economic Tide that Lifts All Boats” hari ini.
Jelas apa yang dinyatakan oleh Si Nurul Izzah tu sebenarnya hanya mengikut emosi dia sahaja. Bukan la lahir dari kenyataan seorang yang profesional.

Hakikatnya, dia memang tak puas hati dengan layanan pihak Polis terhadap puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Tinggal lagi, semua ni salah siapa?

Semuanya salah puak - puak Pakatan Pembangkang tu jugak. Siapa suruh diorang suka sangat buat kerja yang bukan - bukan?

Tambah pelik ialah apabila Si Nurul Izzah ni nak pihak Polis 'Bebas' melaksanakan tugas mereka dan tidak terikat dengan mana - mana pemimpin.
“Bukankah institusi polis sepatutnya bebas? Kenapa segalanya mesti ditentukan oleh pihak yang berkepentingan? Bukankah ini melanggar prinsip institusi polis yang mahu memberikan keadilan rakyat?” tegas Nurul lagi.
Yang lagi pelik, kenapa Si Nurul Izzah tu sekadar nak bangkitkan isu tu sekarang? Kenapa tidak masa Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dulu?

Masa tu pun banyak jugak adegan - adegan yang menjahanamkan harta benda orang Barisan Nasional. Tapi masa tu boleh pulak dia pejamkan mata ye tak?

Mungkin Kebebasan bagi Si Nurul Izzah ni ialah sekiranya perkara tu hanya menyebelahi puak - puak Pakatan Pembangkang tu sahaja. Jadi Kebebasan tu hanya hak diorang je. Kalau kena pada orang lain, Haram Belaka!!!
 

No comments:

Post a Comment