Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 26 May 2014

TERKINI ! SELEPAS 'CELAKA UMNO', RAYER DAP BUAT SATU LAGI KENYATAAN BIADAP !

1. Sejak bila pula mencarut 'celaka' adalah perkara biasa bagi rakyat negeri Pulau Pinang?
 
2. Inilah yang diungkapkan oleh ahli politik mulut celupar, RSN Rayer DAP kepada wartawan. Sila baca di bawah :  

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer terus mempertahan tindakannya mencela UMNO dengan perkataan celaka dengan menyifatkan perkataan itu adalah 'biasa' bagi rakyat negeri ini. 


Malah, beliau menjelaskan langsung tidak terjejas dengan ancaman yang diterima susulan kebiadapannya itu dan meneruskan aktiviti seperti biasa. 
"Perkara itu biasa bagi orang Pulau Pinang, malah kadang- kadang saya menelefon rakan-rakan juga menggunakan perkataan sedemikian," katanya ketika ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Mohammad Noor Ahmad di sini hari ini.seterusnya
3. Mungkin ahli politik DAP dan rakan-rakan beliau tergolong dalam kumpulan anti-sosial yang biasa mencarut 'celaka' tetapi untuk menuduh orang Pulau Pinang juga biasa mencarut 'celaka' adalah satu penghinaan kepada rakan beliau, Lim Guan Eng DAP sebagai Ketua Menteri dan seluruh rakyat Pulau Pinang.

4. Sebelum ini ahli politik DAP ini berkontroversi dengan UMNO tetapi sekarang, beliau turut mengheret seluruh rakyat Pulau Pinang ke kancah isu keceluparan mulut beliau.

5. Memang sungguh memualkan produk parti DAP ini dan sepatutnya mengundang bantahan keras oleh rakyat Pulau Pinang. 

6. Dan jika Lim Guan Eng DAP menyokong rakan beliau mencarut kepada parti UMNO, bagaimana pula pendirian beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila RSN Rayer mendakwa perkataan kotor 'celaka' itu 'biasa' bagi rakyat negeri Pulau Pinang'?

7. Apakah Lim Guan Eng DAP akan tetap menyokong rakan beliau itu atau mempertahankan maruah rakyat negeri yang ditadbir oleh beliau?




8. Dan jika Lim Guan Eng DAP tidak bersuara mempertahankan maruah rakyat Pulau Pinang dengan meminta rakan politik beliau menarik balik kenyataan itu, meminta maaf secara terbuka dan mengenakan hukuman yang sewajarnya, kita sarankan agar Setiausaha Agung DAP itu meletak jawatan dengan kadar segera.

9. Begitu juga dengan kenyataan ahli politik DAP itu yang 'langsung tidak terjejas dengan ancaman yang diterima'. Ianya satu provokasi melampau yang semakin mencabar kesabaran kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong UMNO selama ini.

10. Bagaimana pula dengan seorang lagi ahli politik 'hingusan' DAP yang berbohong kepada rakyat ? BACA SINI

No comments:

Post a Comment