Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 5 May 2014

Pemilihan PKR Cabang Lumut Hebat!!! 5 angka ooo..

Memang hebat pemilihan PKR Cabang Lumut yang dijalankan di dewan Kg Koh, Sitiawan. Mana tidaknya dari kira-kira jam 5.00 petang mula kira kertas undi hingga jam 12.30 malam masih belum habis kira lagi. Memang ramai pengundi. Dikatakan mencecah 5 angka.. 00380 orang pengundi.. Memang ramai. Iti pasal susah sangat nak kira. Memang lawak giler babi punya... Black pun tak faham apa yang dikira dari petang tadi sampai 12.30 malam tak habis-habis lagi. Depa ni kira apa erk? Reti ke tak reti kira kertas undi? Pilihanraya umum yang beribu kertas undi pun boleh dapat keputusan cepat. Ni yang 380 orang pengundi pun susah sangat.
Setakat jam 12.30 malam hanya 3 keputusan sahaja yang diperolehi iaitu Ketua Cabang Lumut, Timbalan Ketua Cabang dan Naib Ketua Cabang.
Ketua Cabang Lumut dimenangi oleh YB Laksamana (B) Hj Imran yang juga merupakan Ahli Parlimen Lumut menang dengan memperolehi 232 undi dan pesaingnya Hj Suwardi memperolehi 132 undi dan 16 undi rosak. Majoriti 100 undi.
Timbalan Ketua Cabang Lumut dimenangi oleh Fakrol Radzi dengan memperolehi 193 undi, manakala Jayabalan memperolehi 154 undi dan Cikgu Abdul Razak memperolehi 21 undi. Undi rosak 12. Sian Cikgu Razak..21 undi jer... Bunyi macam hebat..
Naib Ketua Cabang Lumut dimenangi oleh Kulasegaran dengan memperolehi 254 undi manakala lawan beliau Akbar Ali memperolehi 110 undi. Undi rosak 16.
Hebatkan Pemilihan PKR Cabang Lumut. Tahniah untuk Hj Imran.

No comments:

Post a Comment