Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 26 April 2012

Debat : Ambiga Terkedu, Terkulai Di Tangan Ketua Pemuda UMNO

Semalam, saya berkesempatan untuk hadir di The Club Bukit Utama di Damansara Utama untuk menyaksikan debat di antara Ambiga dan KJ yang bertajuk, “Electoral Reforms). Penuh dewan dengan majoritinya para penyokong Ambiga. Penyokong KJ hanya lebih kurang 150 orang saja yang hadir.
Sebenarnya, saya ke sana bukan untuk menyokong KJ. Saya ke sana untuk mendengar Ambiga berhujah mengenai kewajaran untuk mengadakan himpunan Bershit 3.0 dan sebab-sebab yang menyebabkan dia serta penyokongnya menganjurkan himpunan itu.
Pada saya, tentang siapa yang berdebat mala itu agak kurang penting kerana isi hujah yang paling bernas bakal menjadi kayu pengukur kebenaran sesuatu isu yang diperdebat. Itu fokus utamanya.
Sebelum ini, saya teruja untuk mendengar hujah Ambiga kerana dia digambarkan sebagai hebat dan mempunyai bukti-bukit “beyond reasonable doubt” untuk ‘menfatwakan’ menghukum SPR sebagai tidak boleh dipercayai dan digesa untuk meletak jawatan.
Lagipun, dia seorang peguam dan sudah semestinya KJ yang bukan seorang peguam itu bakal ‘dilanyak’ habis-habisan oleh ‘buah hati pengarang jantung’ A. Samad Said ini.
Di depan 2/3 penyokong sendiri yang memenuhi dewan, Ambiga memulakan debat dengan berhujah mengenai kononnya wujud kepincangan besar di dalam SPR, khususnya pada senarai daftar pengundi.
Katanya, terdapat 3 juta pengundi yang mengundi di kawasan yang tidak seperti yang didaftar di dalam kad pengenalan mereka. Dia mendakwa 42,000 pengundi yang diragui statusnya oleh SPR baru-baru ini sebagai ‘pengundi hantu’ ciptaan SPR dan BN. Isu undi pos dan kesilapan data gender 15,000 pengundi turut disebut Ambiga.
Dengan “fakta-fakta” yang diambil dari kajian 3 bulan oleh Ong Kian Ming itu, Ambiga beriya-iya menegaskan bahawa SPR memang tidak boleh dipercayai dan menganggap PRU13 sebagai pilihanraya yang paling kotor jika dikendalikan anggota SPR sedia ada. Dia mahu SPR letak jawatan.
Saya rasa pelik. Ada sesuatu yang tidak kena dengan SUMBER ‘fakta-fakta’ Ambiga. Kajian Ong Kian Ming itu dikaji sendiri dengan maklumat dan data dari SPR. Itu kajian peribadi.
Sepatutnya, selepas membuat kajian tersebut, Ong Kian Ming dengan ditemani oleh beberapa ahli akademik perlu mendapatkan penjelasan dari pihak SPR mengenai kepincangan yang dikatakan wujud dalam sistem SPR.
Dalam ertikata lain, Ambiga mengambil sumber dari sebelah pihak saja tanpa mendengar penjelasan dan hasil siasatan SPR mengenai isu berbangkit. Adilkah membuat persepsi sendiri dari sumber sebelah pihak saja?
Jika sumber Ambiga pun sudah salah, maka segala tindakan susulan sama ada menuduh itu dan ini kepada SPR juga akan turut salah! Itu adalah faktor terbesar kesalahan perjuangan Ambiga dan rakan-rakannya.
Meskipun KJ bukan seorang peguam, dilihat ‘mentah’ dan kadangkala bersikap ‘nakal’ di atas pentas, dia berjaya menjawab satu persatu tuduhan Ambiga dengan baik.
Lebih menarik, dia dengan mempermain-mainkan emosi Ambiga, dia berjaya membuat Pengerusi Bersih itu bersetuju dengannya dan tunduk kepada hujah-hujah yang diberikan.
3 juta pengundi yang mengundi di kawasan yang tidak sama dengan alamat kad pengenalan? Benar. Sebabnya ialah para pengundi itu telah berpindah dan tinggal di luar kawasan asal mereka daftar mengundi. Itu tidak pelik dan perkara biasa.
Saya sendiri begitu. Alamat kad pengenalan saya beralamat di Kuala Lumpur, tempat tinggal saya sekarang. Tapi, saya ketika mendaftar sebagai pengundi dulu, saya membuat keputusan untuk mengundi di Alor Setar. Itu tidak salah kerana ketika saya daftar mengundi, saya masih tinggal di sana.
Saya boleh meminta untuk dipindahkan tempat mengundi di Kuala Lumpur. Tapi saya tak mahu buat begitu kerana saya memang berasal dari Kedah. Saya meletakkan ketetapan 1 undi untuk BN di tempat asal saya, salahkah? Itu hak saya untuk menentukan kawasan untuk mengundi.
Mengenai 42,000 pengundi yang diragui SPR, KJ menjelaskan tentang asal usul jumlah tersebut dan tindakan susulan SPR mengenainya. Tahun lalu, SPR menyerahkan nama 12.5 juta pengundi berdaftar kepada JPN untuk disemak identiti mereka.
Setelah ditapis JPN maka terkeluarlah kes 42,000 pengundi yang tidak dapat dikesan itu. Selama 3 bulan nama mereka dipamerkan untuk perhatian. Seramai 1,248 orang dari senarai itu tampil mengaku masih hidup dan JPN serta SPR masih mengesan status bakinya.
Kalau ikut Ambiga, dia nak padam terus nama-nama itu dari senarai pengundi. Katanya tak boleh dibiarkan dan akta membenarkan nama-nama itu dipadam., sekali gus menafikan hak mereka untuk mengundi.
Bayangkan apakah akan terjadi kalau SPR ikut kehendak Ambiga dan 1,248 itu muncul. Sudah tentu pembangkang akan kata 1,248 pengundi itu sebagai mangsa taktik kotor SPR dan kerajaan!  Pembangkang memang terkenal dengan suka mereka-reka cerita palsu!
Mengenai undi pos, KJ menegaskan bahawa SPR sedang berusaha untuk memastikan mereka berpeluang untuk mengundi. Tapi, rakyat Malaysia di luar negara bukanlah 10 orang, tapi lebih dari 100,000 orang.
Jadi, ia memerlukan masa dan sistem logistik yang terperinci untuk tujuan itu. Tapi Ambiga degil. Mungkin dia fikir hari ini dia minta, hari ini juga ditunaikan SPR. Rasanya, Ambiga sendiri tak mampu buat begitu.
Memang benar SPR tersalah meletakkan status gender kepada 15,000 pengundi. Tapi, sudah dijelaskan bahawa sistem komputer SPR ketika itu gagal memproses kod khas gender pada nombor kad pengenalan. Ia merupakan masalah biasa untuk sistem komputer.
KJ juga menjelaskan bahawa pegawai pembantunya sendiri mengalami masalah di”Binti”kan di dalam kad pengenalan sebelum ini. Namun selepas dia memaklumkan kepada JPN, “Binti” itu telah diperbetulkan kembali kepada ‘Bin” dan masalah tersebut selesai. JPN sedang cuba mengesan mereka yang terlibat dengan kesilapan gender tersebut.
Bagaimanapun, Ambiga berkeras enggan juga menerima penjelasan tersebut. Dia tetap menuduh SPR sebagai tidak boleh dipercayai dan meminta mereka meletak jawatan berulang-ulang kali.
Ia membuatkan KJ menguji emosi Ambiga dengan meminta komitmen Ambiga untuk memperbaiki sistem pilihanraya. Katanya, kalau Ambiga terus bersikap negatif dan cepat menghukum serta memburuk-burukkan rakyat, sudah tentu masalah tersebut tidak akan selesai.
KJ menawarkan kepada Ambiga untuk membawanya berjumpa dengan SPR dan ahli-ahli Parlimen untuk membincangkan hal tuntutan tersebut. Pada mulanya Ambiga berdegil, enggan menerima tawaran KJ dan hanya bersedia bertemu ahli Parlimen.
Namun setelah KJ meng’ayat power’ Ambiga, akhirnya Ambiga tunduk terkulai dan bersetuju dengan tawaran tersebut. Ambiga tewas…
Pada saya, persetujuan Ambiga untuk bertemu SPR dan ahli Parlimen adalah kerana dia “malu” pada orang ramai yang hadir. Jika dia degil tak mahu bertemu SPR, maka dia akan dicop sebagai tidak memberikan kerjasama dan tak mahu melihat sistem pilihanraya yang lebih baik.
Tapi kalau dia terima pelawaan KJ, maka dia telah bertindak ‘menelan ludahnya sendiri’ kerana pertemuan dengan SPR itu nanti bakal menandakan bahawa sememangnya Ambiga mengiktiraf agensi bebas itu. Jelas, Ambiga tewas sekali lagi…

No comments:

Post a Comment