HAKIKATNYA, sasaran Pas adalah untuk menjadi dominan dalam
pakatan pembangkang. Inilah yang diimpikan oleh Abdul Hadi dan ulama parti itu.
Tapi Pas diperlekeh dalam Pakatan Rakyat dan sekadar menjadi rubber stamp oleh
DAP dan PKR.
PENGHINAAN ini bermula dari Kajang sehinggalah kepada Abdul
Hadi dicerca dan dihina oleh DAP. Terbaru, Penasihat DAP, Lim Kit Siang
dilihat sudah sampai ke peringkat mahu mengajar Pas bagaimana untuk
melaksanakan hukum hudud. Jelaslah, pemimpin DAP itu sudah tidak mengenal lagi
batas kesopanan sehingga tergamak ‘mengajar itik berenang’ di halaman orang.
Pas mesti menjadi dominan dalam PR, sama seperti UMNO dalam
BN. Cuma, persepsi rakyat kala ini, Pas sekadar menjadi pengikut dalam PR. Yang
ketara kini, orang Melayu masih bergantung harap kepada UMNO untuk membela dan
memperjuangkan nasib mereka.
ORANG Melayu tidak yakin Pas boleh menjadi pengganti UMNO
kerana yang kelihatan orang Cina lebih ketara menyokong PR. DAP tidak mahu Pas
menjadi dominan dalam PR. Kerana itu mengapa DAP ‘groom’ orang Melayu untuk
menjadi calon pilihan raya mereka, sepertimana Dyana Sofya di Parlimen Teluk
Intan.
Pas tetap Pas; ia tidak akan berkongsi dengan UMNO. Kalau
tidak, masakan Pas sanggup beradu kekuatan dengan UMNO di Rompin, ketika UMNO
memberi ruang tidak bertanding di DUN Chempaka tempoh hari. Pas sanggup
‘menjilat ludah sendiri’ dengan pusingan U menyokong calon PKR di Permatang
Pauh walaupun semua ADUN UMNO di Kelantan telah menyokong perjuangan hudud
parti Pas.
APA yang nyata, Pas kini lebih rakus untuk mengambil alih
kuasa pemerintahan negara bersama rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.
Keghairahannya itu sehinggakan kita tak tahu apa sebenar yang dicari sehingga
Pas kelihatan terus terkial-kial hendak menempatkan diri dalam pakatan pembangkang.
TAKUT-takut Pas sekadar digunakan untuk menolak kereta yang
baterinya lemah. Selepas kereta itu hidup, Pas hanya ditinggalkan ‘memakan
asap’.
SELAMAT BERSIDANG !
MOHEGAN Casino Resort & Spa announces new entertainment
ReplyDeleteThe MOHEGAN 평택 출장안마 brand 김해 출장샵 has expanded into the world of luxury 울산광역 출장마사지 and entertainment with the launch 아산 출장샵 of MOHEGAN Casino Resort 제주 출장마사지 & Spa in