ENTAH apa jampi DAP yang begitu mudah dapat menakluk dan
menundukkan panglima-panglima Pas yang gagah lagi perkasa. Kepimpinan tertinggi
Pas seperti kehilangan tenaga setiap kali berdepan dengan sekutunya DAP.
Sedangkan Pas mempunyai banyak ulama dan cerdik pandai.
DULU Karpal Singh kini anaknya, Gobind Singh Deo memburukkan
hudud! Dulu mereka kata "kita meraikan perbezaan pendapat"; tapi
selepas PRK Teluk Intan mereka ubah dengan slogan "semua bersetuju untuk
semua pihak berhak tidak bersetuju". Soal ideologi pun mereka gagal
mencapai kata sepakat.
KINI, umat Islam dan orang Melayu dalam parti Pas terus
merelakan dirinya dibuli. Suara marah dan kecewa hanya dalam kalangan pemimpin
akar umbi; Pemimpin yang di atas senyap. Dasar parti pun boleh diubah-ubah bagi
memenuhi selera dan kepentingan semasa. Dalam keadaan seperti ini, sekutu
membuli pun Pas meraikannya.
KEPIMPINAN Pas terus mengenepikan prinsip perjuangan parti
dan tuntutan agama mereka dengan membantu dan menyokong calon DAP yang
terang-terang menentang hudud Pas! DAP langsung tidak menghormati dan
menghargai Pas. Ini membuktikan sikap cauvinistik, angkuh dan ego DAP terhadap
Pas!
KEKALAHAN DAP di kubu kuat dengan calon Melayunya; adalah
satu undi tidak percaya kepada kepimpinan Dinasti Lim dalam DAP. Kit Siang dan
anaknya, Lim Guan Eng bertanggungjawab atas kekalahan ini! Tapi dua beranak ni
memang samseng politik yang pekak dan sombong.
ORANG Melayu telah membuktikan mereka tidak rela
diperkaldaikan oleh DAP. Orang Melayu masih mempunyai semangat nasionalisme dan
keagamaan yang kuat. Sikap ini yang sepatutnya diberi fokus oleh UMNO untuk
memastikan kesinambungan talian hayat politik UMNO terus kukuh untuk menghadapi
PRU-14 dan menjaga negara yang kita punyai.
No comments:
Post a Comment