Kuasa perwakilan akan menentukan siapa yang akan diangkat sebagai Ketua Pemuda. Saya tidak menyebelahi sesiapa dalam ini. Kuasa perwakilan yang ada pada saya ( satu undi ) akan saya berikan kepada yang layak selepas solat Isytikharah nanti. Jawapannya pasti ada kerana Allah pasti akan memberi petunjuk kepada saya. Insya Allah...
Monday, 23 September 2013
Siapa bakal Ketua Pemuda UMNO Lumut?? Mohd Shahril Yahaya #shahril4KP atau Azhar Bani #azhar4KP ??? @ZambryAbdKadir #mahadzir4NKPLumut
Satu lawan satu... Adakah Ketua Pemuda sediada akan mengekalkan kerusi ? Shahril akan ditentang oleh Azhar Bani... Kedua-dua calon ada kekuatan masing-masing. Kuasa Perwakilan akan menentukan siapa yang berhak. Begitu besar kuasa ditangan perwakilan. Apa jua jawatan yang terdapat beberapa calon, pasti kuasa perwakilan amat diperlukan. Yang menang tanpa bertanding releks sikit. Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian Lumut agak selesa. Tahniah YAB Dr Zambry Abd Kadir dan YB Rashidi Ibrahim.
Sunday, 22 September 2013
3 calon Naib Ketua Bahagian Lumut juga meriah... @ZambryAbdKadir #Mahadzir4NKPLumut
Tahniah kepada semua calon Naiib Ketua Bahagian Lumut. Semua calon hebat. Nama-nama calon yang bertanding :
Calon di bawah ialah #Azri4NKBLumut
1. Azri Jaafar #Azri4NKBLumut
2. Rosli Yaakob #Rosli4NKBLumut
3. Jamaludin Majid #Jamal4NKBLumut
Kepada sesiapa yang nak sokong calon masing-masing.... Boleh la la taip seperti #nama4NKBLumut Dan colon sendiri juga juga boleh membuat posting di Facebook masing-masing.
Inilah dikatakan demokrasi... 5 calon NKP bertanding #Mahadzir4NKPLumut @ZambryAbdKadir
Alhamdulillah... Tepat jam 5.00 petang 21/9/13 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar terdapat 5 calon Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut. Inilah baru dikatakan demokrasi.
Calon yang bertanding jawatan ini ialah :
1. Muhathir Mokhtar
2. Mohd Rafiq Mohd
3. Mahadzir Muhamad #Mahadzir4NKPLumut
4. Mohd Ithnian
5. Ustaz Hairul
Kelima-lima calon adalah layak bertanding... Terpulanglah kepada perwakilan untuk menentukan yang mana lebih layak. Hak ditangan perwakilan semua. Perwakilan lah yang akan menentukan halatuju Pemuda UMNO Lumut ini. Kepada yang menang nanti jangan riak termasuk saya sendiri, dan yang kalah jangan berhenti dari berbakti kepada ibu pertiwi. Terutama UMNO. Perjuangan kita sama sahaja. Semuanya untuk masa depan kaum Melayu.
Dalam keadaan sekarang cuma perlu berhati-hati dengan pembangkang. Mereka akan mencari setiap kesilapan kita dan pasti akan kata... 'Inilah UMNO !!! Nak jawatan punya pasal....' Saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan agar tidak terpengaruh dengan adu domba yang mungkin akan menghancurkan UMNO itu sendiri.
Selamat bertanding....
Friday, 20 September 2013
#ZH4VP Dr Zahid Hamidi Dan #MM4VP Mukhriz Mahathir Untuk Naib Presiden
Black bukan promote dua nama di atas sebab imbuhan.... Black merasakan dua nama di atas adalah sangat layak dipertimbangkan untuk duduk di kerusi Timbalan Presiden UMNO. Mohon semua perwakilan dapat memberikan sokongan sepenuhnya.
Wednesday, 18 September 2013
Abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Kg Koh Sitiawan ????? @NajibRazak
Heboh dikatakan bahawa Abu mayat Chin Peng iaitu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Akan dibawa oleh pembangkang untuk dikebumikan di Malaysia. Kampung Koh Sitiawan adalah kampung halaman Chin Peng. Benarkah ianya akan terjadi ? Bagi Black, ianya amat tidak wajar. Kalau ditanya pada bapa Black, Sudah tentu beliau juga menentang tujuan pihak pembangkang untuk membawa walaupun sekadar abu.
Untuk pengetahuan semua, bapa Black merupakan salah seorang anggota Tentera Darat DiRaja Malaysia berpangkat sarjan dan pernah menentang komunis. Tanyalah semua bekas tentera yang pernah berjuang di zaman komunis, Sudah pasti mereka juga tidak bersetuju.
Black tidak mahu walaupun sekadar baju yang pernah digunakan Chin Peng. Kami sekeluarga pernah hidup menderita Dan terpaksa mengizinkan bapa berjuang menentang komunis.
Ching Peng adalah komunis yang banyak membawa kemusnahan dan kehancuran. Hilangnya keamanan dan kemakmuran negara. Beliau adalah pengkhianat negara. Walau sekadar abu, diharamkan dibawa ke bumi bertuah ini.
Tuesday, 17 September 2013
Calon EXCO Pemuda yang prihatin #erwin4exco @erwinmukhriz #TF4MT @Tunfaisal
Mungkin nama Erwin Mukhriz tidak sehebat nama calon EXCO Pemuda lain. Namun, inilah calon diantara calon yang terbaik Untuk dipilih sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Mengapa Black boleh katakan begitu... Nak jawapannya....
Erwin Mukhriz adalah seorang yang amat prihatin terhadap masyarakat sekeling terutama Pemuda UMNO. Erwin Mukhriz juga adalah seorang pejuang di alam Siber sehingga akaun blog telah disabotaj. Mana ada EXCO atau calon EXCO yang berani menulis dan melawan pembangkang di alam siber selain dari Tun Faisal #TF4MT . Seharusnya sekiranya nak jadi EXCO Pemuda UMNO harus berani juga dalam alam Siber. Bukan hanya bercakap tentang perjuangan, tetapi tidak berani melawan dan menjawab tomahan pembangkang. Tetapi Erwin Mukhriz adalah antara yang berani bersemuka dan melawan tomahan.
Setelah Tun Faisal tamat perkhidmatan dalam Pemuda, Biro Unit Media Baru akan kehilangan tunggak . Tempat beliau hanya sesuai diberikan kepada Erwin Mukhriz. Pejuang siber seperti Erwin Mukhriz harus diberikan ruang dan peluang dalam meneruskan perjuangan melawan tomahan pembangkang. Black yakin akan kebolehan dan keupayaan Erwin Mukhriz .
UNDILAH #ERWIN4EXCO Demi meneruskan perjuangan pemuda.
Friday, 13 September 2013
Ugutan Bunuh Tak Mampu Tutup Isu Kepincangan Pemilihan DAP
Exco Pergerakan Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim berkata, DAP akan terus bermain sandiwara bagi mengelirukan rakyat berkenaan kemelut pemilihan semula CEC.
Terbaru jelas beliau didakwa kononnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerima ugutan bunuh dan ini boleh dianggap satu lagi taktik terbaru DAP di dalam mengalih isu CEC.
Justeru tambahnya lagi dek kerana tertekan dengan sikap ahli DAP sendiri yang menggesa kepimpinan DAP berhubung pemilihan tersebut maka cerita baru terpaksa direka agar kepincangan mereka dapat ditutup rapat.
Semalam Guan Eng mendakwa menerima ugutan bunuh melalui laman twitternya yang dipercayai ada kaitan dengan permasalahan pemilihan CEC.
Selain itu Guan Eng turut melahirkan rasa tidak percaya dan menuduh pihak polis sebagai ‘double standard menyebabkan dia masih menimbangkan samada mahu membuat laporan polis atau tidak.
“Ini semua adalah propaganda DAP. Seperti biasa mereka akan menuduh pihak lain untuk rakyat kembali membenci polis kononnya polis bersikap tidak adil dan pilih kasih.
“Inilah kepakaran DAP di dalam mengalih perhatian rakyat daripada melihat keburukan mereka. Sekiranya sentimen di hati rakyat telah disemarakkan maka isu CEC tidak lagi menjadi perhatian,” jelas Norliza.
Tambah Norliza yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Gelugor, seharusnya sebagai seorang Ketua Menteri, Guan harus mempercayai kredibiliti pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara ini serta memberi sokongan sepenuhnya tanpa ada rasa prejudis.
Pihak berkuasa sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka tanpa ada rasa pilih kasih atau parti politik. “Bagaimana seorang Ketua Menteri boleh mengeluarkan kenyataan tidak percaya kepada pihak berkuasa.
“Ini sebenarnya adalah dalih mereka. Jika benar dia menerima ugutan bunuh, laporan polis mesti dilakukan dan siasatan akan dibuat. Bukan menuduh pihka polis tidak adil dan pilih bulu,” jelasnya lagi.
dap-rasis-india-dinasti-kroni-tak-demokratik-demokrasi-pemilihan-kotor-ros-ahli-bantah-pejabat
Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan semula pemilihan CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan berkaitan dakwaan berlaku penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu.
Bagaimanapun, parti itu sebelum ini berulang kali mempertahankan bahawa pemilihan berkenaan diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal.
DAP pada awalnya membantah arahan ROS itu namun kemudian memutuskan akan berbuat demikian.
Sumberhttp://www.sahabat-gunung.com/2013/09/ugutan-bunuh-tak-mampu-tutup-isu.html
Subscribe to:
Posts (Atom)








