Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 4 December 2014

Hasrat hendak fitnah Tun Mahathir gagal lagi #RCIsabah #PrkDr

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah mendapati terdapat warga asing mendapat kad pengenalan Biru Malaysia melalui sindiket dan telah mendaftar dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya Sabah.

Suruhanjaya menegaskan tiada sebarang penemuan yang menunjukkan terdapat pemberian kewarganegaraan yang sah dilakukan tanpa mengikut keperluan undang-undang kewarganegaraan sedia ada.

Ringkasan laporan Suruhanjaya ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa di Kota Kinabalu sebentar tadi.

Ini sekaligus menolak tanggapan bahawa kerajaan telah memberi kewarganegaraan secara besar-besaran dan sistematik kepada pendatang asing seperti dalam parti politik mengenai projek IC Mahathir.

Bagaimanapun terdapat keterangan mencukupi bahawa ada pendatang asing yang memiliki Kad Pengenalan Biru (kad pengenalan sebelum Mykad), resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak sah melalui sindiket/individu tertentu telah mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya negara ini.

Suruhanjaya juga menegaskan pemilikan kad pengenalan biru atau resit pengenalan biru bukan bukti sah kewarganegaraan Malaysia melainkan mereka telah didaftarkan secara undang-undang sebagai warganegara.

Justeru suruhanjaya membuat kesimpulan terdapat warga asing telah mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya negeri sabah. Namun ia gagal menyatakan berapa ramai pemilik kad pengenalan palsu ini telah mendaftar dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mengundi dalam pilihan raya Malaysia.

Sumber dari Aspirasi-bangsa

No comments:

Post a Comment