Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday 15 April 2014

Taiping di landa ribut lagi

Simpang (Taiping)- 15hb Selasa. Hujan lebat yg disertai dengan angin kencang yg melanda pekan ini selama satu jam sejak jam 5.30 ptg telah menyebabkan sebuah pondok menunggu bas dan pusat jualan kereta terpakai mengalami kerosakan. Sebatang pokok tumbang dan menghempap pondok menunggu bas mengakibatkan bumbungnya tercabut. Kejadian tersebut turut menyebabkan sebuah khemah besar yang menempatkan kereta-kereta terpakai  syarikat jualan kereta terpakai O Car Auto Sdn Bhd diterbangkan angin sejauh 30 meter keatas jalanraya mengakibatkan kesesakan jalanraya yg agak teruk. 2 buah kereta jenis Harrier dan Nissan yg ditempatkan dibawah khemah turut mengalami kerosakan. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Pekerja-pekerja dari JKR LMS tiba untuk membersihkan kawasan kejadian. Petugas-petugas dari pejabat Umno Bahagian Bukit Gantang yang terletak berhampiran tempat kejadian turut membantu memindah dan membersihkan serpihan-serpihan khemah yang bertaburan diatas jalan.

Wartawan : Mohd Ibrahim

No comments:

Post a Comment