Sunday 12 May 2013

Kampung Gajah kena serang kumpulan BUKAN Blackout 505 c.c @ZambryAbdKadir @Azwanbro

Kampung Gajah kini diserang kira-kira 5000 orang terdiri dari Jentera Pemuda Barisan Nasional Pasir Salak, Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Pasir Salak dan semua penyokong Barisan Nasional terutama di Kampung Gajah ini.

Himpunan ini bukan himpunan membantah Pilihanraya yang baru berlalu, tetapi ianya satu Himpunan Kesyukuran Anak Muda Pasir Salak. Majlis berlangsung di Medan Selera Kampung Gajah.

Anak muda Kampung Gajah membantah Himpunan Blackout 505. Menurut Ketua Pemuda UMNO Pasir Salak merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak Sdr Khairul Azwan Harun, demontrasi yang dilakukan oleh pembangkang di Ipoh malam ini kerana tidak berpuashati atas kekalahan mereka. Perbuatan pembangkang ini adalah satu perbuatan yang agak keterlaluan dan ianya menyalahi undang-undang. Rakyat Kampung Gajah dan seluruh Pasir Salak sentiasa menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar perak.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Tn Hj Abdullah Fauzi dan YB Dato' Zainol.

Black amat teruja dengan semangat yang ditunjukan oleh rakyat disini. Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana memberi kemenangan kepada BN di bumi Pasir Salak, bumi Negeri Perak dan Bumi Malaysia.

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

  1. Tempat teman tu, bangga dengan jentera di sana, tahniah di atas kejayaan kalian, tinggallah teman di negeri pembangkang ni (10) dah 5 tahun sengsara, maklumlah kerja dengan PBT...

    ReplyDelete