Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 20 September 2012

Dr Azizah Bagi Derma??? @ZambryAbdKadir

Jangan silap...  ni bukan Dr Azizah bini Anwar Berahim....

Teman cukup terharu dan amat berbangga kerana Barisan Nasional sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Hari ini 20 September 2012 satu majlis diadakan untuk menyampaikan Dermasiswa kepada para pelajar negeri Perak terutama di Parlimen Lumut. Majlis diadakan di Dewan UMNO Bahagian Lumut. Penyampaian dilakukan oleh Yg Bhg. Dr. Azizah Bt Johor, Penyelaras DUN Pasir Panjang merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut.


Dermasiswa ini bernilai RM 500 hingga RM 1200 kepada setiap pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Walaupun ianya bukan biasiswa, tetapi ianya dapat meringankan beban ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke universiti untuk pendaftaran. Sekurang-kurangnya dapat jugak menampung perbelanjaaan anak semasa di universiti. Bantuan ini tidak mengira bangsa dan agama. Siapa yang layak dia akan dapat....



Dermasiswa in adalah dari YAYASAN PERAK DARUL RIDZUAN yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Besar Perak.

Tahniah kepada pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti dan terima kasih kepada MB kerana prihatin terhadap rakyat Perak.
 Salah seorang pelajar yang menerima bantuan dermasiswa


Ibu yang Menerima Cek Bernilai RM1000 Mewakili anak beliau

TERIMA KASIH DAUN KELADI

No comments:

Post a Comment