Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 18 June 2012

#PASerabut Zaman PAS Kedah mundoq


Ustaz Azizan bila jadi MB dia ambil jalan mudah play safe kata org puteh, dok diam-diam sudah la buat apa nak susah-susah pi round dunia tarik pelabor mai Kedah. Kilang dah banyak UMNO buat, PAS kutip cukai sudah la. Dulu PAS hentam Kerajaan Tok Det bagi kelulusan buat Shahab Perdana dan taman perumahan di tanah bendang, bila PAS perintah Kedah depa buat lagi banyak rumah dan taman perumahan dalam tanah bendang.
Taman Teknologi Tinggi Kulim yang UMNO buat tapi la ni PAS yang dapat faedah. Jual tapak kilang kat Cina Penang dan Singapura dapai hasil berjuta-juta. Kulim dulu kawasan Melayu la ni dah penoh Cina Penang. Tak lama lagi Kulim dan Sungai Patani dah tak dak can Melayu jadi Wakil Rakyat. Tapi kalau PAS nak bagi bekas YB Kulim Kader Sheikh Fadil yang terkenal bow tie nak tanding kat Kulim Bandar Baru mana tau kan dia la ni dah masuk Pakatan Rakyat dok syarah sana sini maki UMNO.
Bila jadi MB selama 4 – 5 tahun Ustaz Azizan kata aku tak mau dah, aku dah tua dah nak bersara. Dia pun dah tak syok jadi MB pasal EXCO dia sendiri dok sabotaj dia. Dua EXCO PAS tak mau dilantik semula, tunjuk protes kata MB diktator, dok bagi kaya kroni dia saja. Subhanallah, dulu depa kata MB UMNO dok pekaya geng depa saja, rupa-rupanya dalam PAS pun ada kroni MB kroni EXCO. Masa jadi pembangkang dok selak kain Tok Det Khalid sampai dia kalah dalam PRU 12, bila PAS perintah Kedah kita ingat orang Parti Islam warak belaka dah tak dak kroni dan bergaduh rebut projek, tapi rupanya lagi banyak kes kroni dan bergaduh sana sini rebut projek.

No comments:

Post a Comment