Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday, 29 May 2011

Tiada Ketamadunan Budaya..


Assalamualaikum w.b.t selawat ke atas Nabi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Maha Mengatahui Allah S.W.T maka Allah sahaja yang akan menghukum kepada mereka yang melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.Pada tarikh 21.01.2010 suatu kejadian yang di anggap tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun.Sekeping papan tanda UMNO Bahagian Lumut untuk cawagan Taman Samudera dekat Seri Manjung dan kawasan DUN Pasir Panjang telah dirosakkan dengan mengunakan sebatang cangkul seperti gambar di atas.Apakah motif sebenar kejadian?...mengikut rekod cawangan tersebut baru diwujudkan pada tarikh 22.11.2009 bersamaan 60 hari umurnya.Dengan umur cawangan yang muda ini apakah salah yang dilakukan sehingga kejadian ini berlaku.Ini menunjukkan perbuatan khianat,hasad dan dengki atas penubuhan cawagan baru ini.Alhamdulillah ahli-ahli UMNO seluruhnya sungguh bersyukur dengan adanya cawangan baru ini,tetapi siapakah yang melakukannya?Ini jelas berdasarkan kerosakan fizikal papan tanda ini adalah perbuatan pihak-pihak yang terdesak seperti ungkapan ini “MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DI BAKAR”…hanya manusia yang tidak menafaatkan akal dengan baik,tidak bertemadun,tidak dididik oleh ibu bapa,tiada didikan agama dengan betul walaupun pakaian seperti “kuat beragama” tapi belum tentu menjaminkan apa-apa dan taksub kepada penilaian sendiri hingga rosak akal,rosak ahlak,cemarkan akidah dan akhirnya rosakan harta benda orang tanpa hiraukan hukum di sisi agama.Sudah pasti tiada mengingati Allah dalam dirinya ketika melakukan perbuatan merosakan papan tanda ini.Kepimpinan UMNO Bahagian Lumut dan khususnya Pemuda UMNO dan ahli-ahlinya menentang sekeras-kerasnya perbuatan ini “kami sekerasnya mengutuk kejadian yang tidak bertanggungjawab ini satu perbuatan kotor tiada sikap moral/sivik yang tinggi,tiada menunjukan ada didikan beragama dan sentiasa mahu memecah belahkan umat” kata Ketua Pemuda Bahagian Lumut saudara Shahril bin Yahaya.Perbuatan ini sudah di laporkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment