Tuesday, 7 October 2014

Di mana Suara Pemimpin PAS Selangor Pasal Arak Nih ??? #PrkDR

Perihal ini melibatkan maruah Islam, dalam dikalangan pemimpin pembangkang apabila berceramah, seringkali kita dengar dari mulut mereka UMNO jahil, UMNO jual Agama, UMNO tak ikut hukum, mengajar orang percaya bulat-bulat yang UMNO dan arak itu biasa, tapi bila pesta arak besar-besaran yang akan diadakan nanti, tak ramai pemimpin PAS bersuara, kalau bersuara pun Khalid Samad, tapi suaranya bukan nak hentam pasal pesta arak ini, tetapi anggap perkara biasa dalam negara majmuk, pulak dah. Pada PAS semuanya HALAL.

UMNO Selangor menentang keras berkenaan pesta arak ini, kita sebagai umat Islam perlu menentang, harap PAS jangan double standard, ohh asal kat UMNO marah macam hilang akal, tapi kerana pesta arak ini di negeri pimpinan PR, tak bersuara, diam, buat-buat buta, sedangkan isu arak inilah yang PAS dok canang sebagai modal menghentam UMNO masa pilihanraya.. sekarang apa jadi?

golongan Ulama dalam PAS masih ada yang sedar, contohnya Nasruddin Tantawi, dia pun faham keadaan di Selangor ini dipenuhi golongan PASMA, golongan duniawi dan kuasa semata-mata.



No comments:

Post a Comment