SEJAK terhapusnya Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA;
sifat kehaiwanan dan kebinatangan para cauvinis, extremis dan parasit makin
bertambah-tambah!Bukan sahaja biaDap dan kurang ajar, mereka juga pengkhianat
dan penderahaka! Mereka adalah golongan yang buta sejarah! Sejarah negara ini!
SEBELUM 1957, negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah
Melayu. Iaitu gabungan sembilan buah negeri Melayu yang diperintah oleh
Raja-Raja Melayu yang berkuasa mutlak didalam negeri masing-masing.
Negeri-negeri tersebut ialah Kedah ( Pulau Pinang adalah sebahagian daripada
Kedah), Perak, Selangor, Nege.ri Sembilan, Melaka, Johor-Riau, Pahang,
Terengganu dan Kelantan.
TUANKU Raja-Raja Melayu adalah Kerajaan yang memerintah -
sebab itu kita panggil keRAJAan - ianya duduk dibawah Raja-Raja Melayu.
Raja-Raja Melayu itulah kerajaan. Bagindalah yang akan memberi kurnia tanah,
kedudukan dan darjat kepada siapa sahaja yang Tuanku perkenan.
PERLU diingati Perjanjian Kemerdekaan telah ditandatangani
oleh penjajah British dengan kesemua dan tiap seorang Raja-Raja Melayu. Kerana
negeri-negeri Melayu ini adalah milik dan duduk dibawah pemerintahan Raja-Raja
Melayu. Jika salah seorang tidak tandatangan dan bersetuju, Perjanjian itu
tidak ada kesan!
UNIKNYA Malaysia ini sehingga hari ini mempunyai sembilan
orang Raja yang masih berkuasa dalam negeri masing-masing; dengan wakilnya di
peringkat Persekutuan mengambil gelaran DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA
BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG.
DALAM sistem perundangan Malaysia peranan Tuanku Raja-Raja
Melayu masih dikekalkan - bukan sekadar simbolik atau ceremonial sahaja. Tuanku
Raja-Raja Melayu dikekalkan kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan mereka,
terutama dalam soal pemerintahan, hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.
KEDAULATAN, kekuasaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu adalah
mutlak; termasuk juga kepada persoalan perlantikan Menteri Besar. Kita telah
memilih wakil rakyat - namun dalam penentuan siapa yang akan mengetuai Kerajaan
sebagai Datuk Menteri Besar tetap terletak ditangan Baginda Tuanku Sultan
secara mutlak.
TUANKU boleh memilih siapa sahaja dikalangan wakil rakyat -
Ahli Dewan Undangan Negeri - yang pada pandangan Tuanku mendapat sokongan
majoriti ADUN - dengan syarat calon itu mestilah berbangsa Melayu dan beragama
Islam. Jika memenuhi tiga syarat diatas, maka Baginda Tuanku Sultan yang
mempunyai kuasa mutlak akan memilih siapa diantara mereka yang layak dilantik
sebagai Datuk Menteri Besar.
MAKA pendirian dan tindakan segelintir yang mempersoalkan
kuasa Tuanku; adalah satu tindakan pengkhianatan dan penderhakaan kepada sebuah
negara yang berdaulat! Ada juga kelompok yang cuba memilih jalan republik dan
anti monarki. Mereka wajib dikenakan tindakan tegas dengan hukuman yang keras!
DAULAT TUANKU !
No comments:
Post a Comment