Friday, 4 April 2014

Tarif Air Di Pulau Pinang Naik... mana SAMM & SMM ??? @TunFaisal

4 APR: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui DAP digesa agar tidak meneruskan langkah menaikkan tarif air kerana ia akan menambah bebanan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Desakan dibuat Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang pada Jumaat kerana rakyat di Pulau Pinang belumpun sampai setahun dibebani dengan kenaikan 100 peratus surcaj pemuliharaan air yang dikuatkuasakan pada 1 September 2013.

Apakah aktivis TURUN akan turun ke P. Pinang bagi membantah kenaikan tarif air yang meningkatklan kos sara hidup rakyat di negeri itu?
Setakat ini belum ada pihak lain turut tampil ke depan bagi membantah keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sama ada Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) atau Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim berkata, adalah malang jika rakyat di Pulau Pinang akan berhadapan dengan satu lagi kenaikan tarif air yang dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi seperti yang diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng Rabu lalu.
Katanya, tindakan kerajaan negeri itu jelas sekali bercanggah dengan janji manifesto DAP untuk tidak akan menaikkan tarif air sekiranya pakatan pembangkang terus menerajui Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas.

Sur caj air di Pulau Pinang baru sahaja dinaikkan 1 September tahun lalu
“Sebelum ini kita telah dijanjikan (oleh Ketua Menteri) Lim Guan Eng bahawa tidak akan berlaku kenaikan tarif air tetapi apabila beliau telah menang pada pilihan raya umum yang lalu, tarif air dijangka naik. Ini satu lagi janji palsu, lidah bercabang daripada pihak kerajaan negeri.
“Pemuda UMNO negeri mendesak agar kajian kenaikan tarif air ini tidak diteruskan dan walaupun diteruskan, kenaikan ini tidak akan berlaku,” kata Rafizal pada satu sidang media.

Pada 2 April, Guan Eng berkata kerajaan negeri telah bersetuju memberi kebenaran kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang beliau sendiri adalah pengerusinya, untuk menjalankan kajian mengenai kenaikan tarif air.

seterusnya

No comments:

Post a Comment