Tuesday, 15 April 2014

Mahu Gulingkan Kerajaan Dalam Masa 5 Bulan - Si Ekstremis Tian Chua Ditahan Bawah Akta Hasutan 1948 !!!!


Setelah lebih sebulan laporan polis dibuat, akhirnya Tian Chua telah ditahan pada jam 7.45 malam tadi di lobi Hotel Armada kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan.

Tian Chua sebelum ini bertindak mengeluarkan kenyataan mahu menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri DS Najib Razak dalam tempoh lima bulan sebaik sahaja Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman atas kesalahan meliwat.



Ekoran kenyataan biadap tersebut, satu laporan polis dibuat oleh bekas ADUN Batu Kawan, Huan Chen Guan pada 7 Mac yang lalu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Harap kali ini Tian Chua didakwa di mahkamah dan jangan pula pemimpin UMNO atau mana-mana peguam bertindak memaafkan kebiadapan Tian Chua.

No comments:

Post a Comment