Pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan oleh pencacai Pakatan Haram terhadap tindakan menyelamat MAS dan Kerajaan Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370.
Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS dan Kerajaan Malaysia untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil-wakil kerajaan yang melibatkan warganegara mereka.. Mungkin sesetengah kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan info terkini. Fahamilah keadaan.
Misi mencari dan menyelamat terdiri dari 5 negara. Malaysia melalui Maritim dan aset ATM sudah berada diperairan berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situsi mencari dan terus mencari disekitar Pulau Vung Tau tempat dimana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakkan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantual kapal penyelamat ke pengairan terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordiansikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil evidens sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.
Kali terakhir MAS mengalami "major accident" ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami "major accident" dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas. Walaubagaimana pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku.
Ada yang sekarang sedang berlagak sebagai pakar penerbangan dan menyebut kerajaan bertindak lembab, Pesawat Air France 447 hanya dapat disahkan terhempas pada 6 Jun 2009 selepas pasukan mencari menjumpai serpihan ekor pesawat dan dua mayat, sedangkan pesawat itu dilaporkan hilang pada 1 Jun 2009. Usaha mencari dihentikan pada 27 Jun 2009 dengan hanya menemui 51 mayat daripada keseluruhan 273 keseluruhan penumpang dan anak kapal. Kotak Hitam pesawat hanya ditemui pada Mei 2011. Dua tahun selepas tragedi. Termasuk bangkai besar pesawat juga dijumpai pada 2011. Lihatlah betapa sulit dan sukarnya kerja-kerja berkaitan tragedi penerbangan. Pesawat tidak boleh diumumkan sebagai terhempas selagi bukti tidak ditemui. Jadi jangan jadi pakar di Facebook dan sedap bercakap semata-mata. Ini kerja rumit! Faham?!
No comments:
Post a Comment