Monday, 24 February 2014

JOM KITA TENGOK, AIR LONGKANG, AIR LOMBONG, AIR LIMBAH MANA YANG AKAN DIRAWAT SELEPAS SELANGOR UMUM PENCATUAN AIR DI LEMBAH KELANG!!!

Dari tahun 2010 lagi, apabila Kerajaan Persekutuan menyatakan bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang terancam dan bakal berhadapan dengan krisis besar, Pakatan Rakyat tidak langsung mencari jalan untuk mengatasinya, sebaliknya menyatakan Projek Langat II yang menjadi isu pada ketika itu adalah mekanisme untuk para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional melantak duit rakyat. Projek itu sendiri kata mereka bukanlah satu projek perlu.

Apabila Kerajaan Persekutuan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk melantik kontraktor dan konsultan mengendalikan dan menguruskan Loji Air Langat II bagi membolehkan projek itu diteruskan, lain pula helahnya.

Kata Pakatan Rakyat, mana mungkin Selangor kekurangan air mentah. Apatah lagi air banjir, air di takungan dan empangan selain air lombong dan kolam yang terdapat di seluruh Selangor mencukupi untuk keperluan domestik tanpa perlu mengimport air mentah dari Pahang.

Seterusnya » http://bit.ly/MnzL3i

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment