Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes liwat 2 yang melibatkan
Anwar Ibrahim yang dijadualkan hari ini telah menyaksikan ketidakhadiran Anwar
Ibrahim. Alasan yang dikemukakan oleh peguam beliau ialah Ketua
Pembangkang itu berada di Washington untuk menghadiri seminar.
Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil
membuat bantahan ke atas kegagalan Anwar untuk hadir. Menurutnya, dalam
sebarang perbicaraan jenayah, responden adalah wajib hadir.
Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya
membuktikan bahawa beliau tidak pernah menghormati keadilan. Sebagai
seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar telah
menunjukkan sikap paling tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap
undang-undang negara.
Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik
gambarnya dengan pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah
tiada apa-apa yang penting yang harus ditanganinya di tanah
air. Perlu diingatkan bahawa pada ketika yang sama, rakyat negara
ini sedang berhadapan dengan bencana banjir paling
buruk. Sekurang-kurangnya, Anwar boleh menolak untuk hadir ke
seminar atas alasan ingin membantu rakyat. Namun, ini tidak berlaku.
Anwar dilaporkan sedang menghadiri Seminar anjuran IIIT
(International Institute of Islamic Thought) iaitu sebuah organsasi yang
menggunakan nama Islam secara meragukan berdasarkan latarbelakang mereka yang
menerajuinya. IIIT berpengkalan di Herndon Virginia mempunyai
hubungan yang rapat dengan CIA. Antara nama-nama besar di
dalam IIIT adalah Youseff Nada yang juga merupakan antara pencetus Arab Spring
yang menghancurkan dunia Islam. Selain itu, kematian pengasas IIIT
iaitu Ismail Faruqi, diselubungi skandal homoseksual dan pembunuhan yang
mengejutkan. IIIT juga mempunyai jaringan dengan organisasi
Yahudi yang merancang pertukaran rejim di negara-negara sasaran Amerika.
Oleh itu, kehadiran Anwar ke seminar IIIT sambil mengabaikan
proses keadilan ke atas dirinya dan mangsa, iaitu Saiful Bukhari dalam kes
liwat 2 amatlah tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.
Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa Anwar
memilih untuk tidak hadir ke mahkamah serta lari ke Washington bukan kerana
biadap, tetapi sebenarnya kerana takut.
No comments:
Post a Comment