Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) malam tadi dimaklumkan akan kehadiran KetuaPembangkang, Anwar Ibrahim ke Sungai Limau bagi membantu jentera kempen Pas.Tambah menarik dia turut dijadualkan akan bersolat di salah sebuah masjid sekali gusmemberikan ceramah politik dengan menggunakan alasan tazkirah. Nama masjidsengaja tidak dimasukkan bagi mengelakkan promosi percuma diberikan.
Menurut unit risikan dan gerak saraf program tersebut sengaja diada-adakan bagimencetuskan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan. Ini kerana Anwar danjentera Pas ingin menggunakan alasan tersebut bagi menggambarkan kononnyapenyokong BN/Umno ganas dalam berkempen.
Sedangkan sehingga pagi ini, jawatankuasa masjid tersebut dikatakan masih lagi tidakdimaklumkan mengenai program ceramah tersebut. Inilah antara taktik Anwar setiapkali tiba pilihan raya sama, hadir untuk solat berjemaah di masjid atau surau. Sejurusselepas solat tersebut, beliau akan meminta ‘agennya’ untuk menyediakan tempatuntuk membolehkannya menyampaikan ceramah.
Tindakan tersebut sudah tentu akan menimbulkan kemarahan penduduk setempat yangmarah dengan perbuatan Anwar kepada negara selama ini. Sudah tentu mereka yangtidak bersetuju dan menghalang Anwar dari berceramah sekali gus menimbulkansuasana kecoh.
Apabila berlaku kekecohan, Anwar dan jentera Pas akan segera menggunakan isutersebut, kononnya dia dihalang oleh penyokong Umno untuk bersolat di masjid.Mereka yang taasub dengan Anwar akan segera percaya dengan fitnah tersebut dansegera menyebarkannya untuk pengetahuan umum.
Inilah taktik sebenar Anwar, dia tahu masyarakat Melayu mudah percaya dengan cerita-cerita rekaannya dan kesempatan tersebut akan digunakan sebaik mungkin untukmenanamkan sentimen kebencian rakyat. Secara mata kasar, Anwar mungkin namalemah dan tidak berdaya, namun mereka yang mengenalinya secara dekat tahu, siapasebenarnya makhluk yang bernama Anwar Ibrahim ini.
Lihat sahaja kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh mereka yang pernahrapat dengan Anwar. Antaranya Datuk Zulkifli Nordin yang sebelum ini mendedahkandia pernah diarahkan oleh Anwar untuk menyediakan bom ‘molotof cocktail’ bagimencetuskan suasana huru-hara ketika zaman reformasi.
Malah sehingga hari ini, Anwar masih lagi tidak berani untuk menyaman bekaspeguamnya itu sekali gus membuktikan semua yang dinyatakan itu ada kebenarannya.
No comments:
Post a Comment