Thursday, 24 October 2013

Why...why... Anwar & Azizah jauhkan diri dari Sungai Limau ???? @ZambryAbdKadir


 

Walaupun Kedah secara amnya masih berkabung atas pemergian Tan Sri Azizan Razaktetapibagi orang-orang PAS, waktu berkabung telah tamat.  Malahkita tidak hairan jika orang-orang PAS tidak berkabung pun kerana sebahagian besar dari mereka sememangnya memusuhiAllahyarham. 

 

Sebelum arwah meninggal jugaterdapat di kalangan orang-orang PAS yang meraikan beritabeliau jatuh sakit.  Apabila beliau tenatmereka mempersendakan pula dan membuat tuduhanyang kejam semata-mata untuk melepaskan geram dan dendam kerana pendekatan arwah yangberbaik-baik dengan UMNO.  

 

Bagi yang mengenali beliau pasti sedia maklum bahawa rata-rata keluarga arwah termasuk di Sungai Limau sendiri merupakan penyokong UMNO.  Malahdalam PRU yang lalu arwahditentang oleh sepupunya sendiri dari UMNO.  Namunhubungan UMNO-PAS di Kedah dibawah pentadbiran arwah adalah hubungan persaudaraan yang kukuh antara umatIslam.  Malangnyasikap professional Tan Sri Azizan itu ditentang kuat oleh PAS yangmenganggap beliau sebagai ‘pembelot’ kepada parti. 

 

Arwah terkenal dengan pendirian yang tegas dan sering bertentangan pendapat dengankepimpinan PAS Pusat apalagi kepimpinan Pakatan Rakyat.  Siapa yang tidak tahu bahawa Tan Sri Azizan menolak Buku Jingga.  Beliau juga menolak Syiah dan sebarang bentukektremisme.  Beliau menentang budaya demonstrasi yang dibawa oleh BERSIH. 

 

Beliau tidak memberi muka kepada DAP dan cukup keras menentang sebarang pengaruh DAPatau Anwar Ibrahim di dalam PAS Kedah. 

 

Maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim tidak kelihatan di mana-mana ketika PAS sedang sibukberkempen di Sungai Limau.  Wan Azizah juga langsung tidak menjenguk muka.  Umum tahubahawa keluarga Anwar tidak menghadiri atau menghantar wakil menziarah jenazah Tan SriAzizanjauh sekali hadir di majlis pengebumian.  Begitu juga pemimpin PR dari DAP, tiadasiapa yang melawat keluarga arwah sehingga ke hari ini walaupun sekadar syarat untukmengucap takziah

 

Sekiranya Tan Sri Azizan masih hidupbeliau pastinya tidak akan bersetuju dengan Anwar Ibrahim dalam isu Kalimah Allah.  Memandangkan isu ini sedang hangat kinimenghadirikempen Sungai Limau bukanlah satu tindakan yang bijak bagi Anwar Ibrahim dan isteri.  Anwarsendiri nampaknya menyedari bahawa kehadirannya tidak akan disambut malah akan dianggapsebagai liabiliti bagi PAS Kedah. 

 

Anwar juga bimbang sekiranya apa yang berlaku di Besut berulang lagi Dalam PRK Besut,kehadiran Anwar tidak mendapat sambutan langsung.  Malahmana-mana kuncunya di dalamPAS juga turut terkena tempiasnya.  Jelas, rata-rata akar umbi PAS menolak Anwar dankumpulan Anwarinas. 

 

Namunsedar atau tidakkumpulan Anwarinas tetap menguasai PAS biarpun akar umbi PASmenolak mereka.   Justerusekiranya PAS menang lagi di Sungai Limauia akan dianggapsebagai penerimaan akar umbi PAS terhadap kepimpinan kumpulan Anwarinas ini.

 

Pengundi-pengundi Sungai Limau wajar mengambil maklum akan perkara ini agar dapatmembuat pilihan yang tepat pada 4 November nanti

 

Fahamilah apa yang Tan Sri Azizan lalui dan perjuangkan ketika di dalam partiBayangkancabaran yang dihadapinya dalam memastikan Kedah bersih dari sebarang agenda kafir harbimahupun golongan penyokong LGBT.   

 

Ketidakhadiran Anwar di Sungai Limau bukan bermakna PAS bebas dari cengkamannya. Kini,Allahyarham telah tiada untuk membataskan pengaruh Anwar.  Percayalahdengan meletakkanAzam Samatiaitu proksi Mahfudz sebagai calonakan membuka peluang bagi pengaruh Anwarbertapak di sini

 

Dengan mengambilkira hakikat inikini terpulanglah kepada pengundi Sungai Limau dalammenghayati dan mentafsirkan perjuangan Allahyarham Tan Sri Azizan dan menterjemahkannyadi kertas undi. 

 

No comments:

Post a Comment