Sunday, 27 October 2013
Sokong Azam....maknanya tolak Arwah Tan Sri Azizan...
Penggerak Media Sosial Pakatan memang tak layak jadi ahli PAS !!!
Di dalam kesibukan kempen pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, penulis dikejutkandengan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad yang menyelarpenggerak media sosial di kalangan pakatan pembangkang yang dikatakan sebagaipenyebar fitnah.
Tambah menarik kenyataan tersebut dilaporkan di dalam akhbar HarakahDaily (Bil1889, 23 – 26 Zulhijah, Edisi Isnin). Menurut Idris “budaya fitnah dan pengkhabaranyang tidak betul, tidak boleh menjadi budaya walaupun dengan musuh. Apatahlagi sesama jemaah”.
Nampaknya Idris baru menyedari akan KEJAHATAN penggerak media pembangkangyang selama ini menjadi kebanggaan mereka.
“Mereka yang bersikap demikian, TIDAK LAYAK bersama dengan Pas, Apabila kitabertanya kenapa mereka memburukkan Pas melalui media sosial, jawapan mudahnya,pimpinan Pas tidak ambil perhatian teguran mereka” katanya.
Malah Anwar Ibrahim sendiri di dalam salah satu forum yang diadakan di ibu negara,turut mengakui antara faktor ‘kemenangan’ mereka dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu adalah disebabkan kerana jentera media sosial.
“Jawapan saya mudah, apa tujuan kita masuk Pas? Kita tidak boleh kecewa teguranyang tidak diambil peduli pimpinan. Pemimpin seperti ini tidak lama di dalam Pas jikadia bersikap demikian. Orang yang seperti itu ‘nafas’ tidak panjang dalam perjuangan”tegasnya.
Sekiranya diteliti ia secara tidak langsung membuktikan bahawa kelebihan yangdiperoleh oleh pembangkang dalam pilihan raya lalu adalah disebabkan penyebaranfitnah yang disebarkan oleh mereka.
Sekiranya kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Umno, pasti ada yang akanmengatakan ia sebagai cubaan untuk memburuk-burukkan pakatan pembangkang.Namun kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pimpinan parti Pas yang jelas tidak selesadengan budaya yang disebarkan oleh jentera pakatan pembangkang.
Paling menarik, Idris bukan sahaja menyelar para penggiat media sosial pakatan malahdia juga secara sinis menujukan kenyataan tersebut kepada para pimpinan pakatanagar tidak lagi mengamalkan budaya fitnah dalam berpolitik. Ini kerana beliauberpendapat mereka yang gemar dengan amalan tersebut TIDAK LAYAK untuk dudukbersama dengan parti itu.
Ini bermaksud, Idris akhirnya mula sedar bahaya fitnah yang begitu berleluasa diamalkan di dalam pakatan pembangkang. Tambahan pula budaya tersebut dilihatsudah semakin membarah, apabila ada di kalangan mereka yang sanggup berkata apasahaja demi untuk mendapatkan kuasa politik.
Malah pendekatan tipu dan fitnah di kalangan pembangkang juga, dilihat begitusemakin menjadi-jadi khususnya ketika PRK Sungai Limau ini. Sebagai contoh jenteraPas cuba memainkan sentimen Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraihundi dengan menggambarkan kononnya calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samatmerupakan anak didik bekas Menteri Besar Kedah tersebut.
Mereka mula mengedarkan pelbagai gambar antara Azizan dan Azam bagimengukuhkan persepsi tersebut. Namun apabila diselidiki semua gambar-gambartersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Rupa-rupanya mereka menghasilkangambar-gambar ‘akrab’ tersebut melalui perisian Adobe Photoshop dan tekniksuperimpose gambar.
Tidak cukup dengan itu, mereka turut menggunakan gambar Azizan dalam risalahmengenai biodata, latar belakang dan visi Mohd. Azam yang diedarkan kepada orangramai sempena PRK ini.
Nampaknya Pas yang mendakwa sebagai pejuang Islam tidak lagi memikirkan soalhalal dan haram. Patutlah ada pimpinan di kalangan mereka yang mula tidak senangdengan perkembangan tidak sihat itu.
Kesimpulannya budaya tipu, fitnah dan adu domba sudah mula membarah di dalamparti itu.
Thursday, 24 October 2013
Why...why... Anwar & Azizah jauhkan diri dari Sungai Limau ???? @ZambryAbdKadir
Walaupun Kedah secara amnya masih berkabung atas pemergian Tan Sri Azizan Razak, tetapibagi orang-orang PAS, waktu berkabung telah tamat. Malah, kita tidak hairan jika orang-orang PAS tidak berkabung pun kerana sebahagian besar dari mereka sememangnya memusuhiAllahyarham.
Sebelum arwah meninggal juga, terdapat di kalangan orang-orang PAS yang meraikan beritabeliau jatuh sakit. Apabila beliau tenat, mereka mempersendakan pula dan membuat tuduhanyang kejam semata-mata untuk melepaskan geram dan dendam kerana pendekatan arwah yangberbaik-baik dengan UMNO.
Bagi yang mengenali beliau pasti sedia maklum bahawa rata-rata keluarga arwah termasuk di Sungai Limau sendiri merupakan penyokong UMNO. Malah, dalam PRU yang lalu arwahditentang oleh sepupunya sendiri dari UMNO. Namun, hubungan UMNO-PAS di Kedah dibawah pentadbiran arwah adalah hubungan persaudaraan yang kukuh antara umatIslam. Malangnya, sikap professional Tan Sri Azizan itu ditentang kuat oleh PAS yangmenganggap beliau sebagai ‘pembelot’ kepada parti.
Arwah terkenal dengan pendirian yang tegas dan sering bertentangan pendapat dengankepimpinan PAS Pusat apalagi kepimpinan Pakatan Rakyat. Siapa yang tidak tahu bahawa Tan Sri Azizan menolak Buku Jingga. Beliau juga menolak Syiah dan sebarang bentukektremisme. Beliau menentang budaya demonstrasi yang dibawa oleh BERSIH.
Beliau tidak memberi muka kepada DAP dan cukup keras menentang sebarang pengaruh DAPatau Anwar Ibrahim di dalam PAS Kedah.
Maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim tidak kelihatan di mana-mana ketika PAS sedang sibukberkempen di Sungai Limau. Wan Azizah juga langsung tidak menjenguk muka. Umum tahubahawa keluarga Anwar tidak menghadiri atau menghantar wakil menziarah jenazah Tan SriAzizan, jauh sekali hadir di majlis pengebumian. Begitu juga pemimpin PR dari DAP, tiadasiapa yang melawat keluarga arwah sehingga ke hari ini walaupun sekadar syarat untukmengucap takziah.
Sekiranya Tan Sri Azizan masih hidup, beliau pastinya tidak akan bersetuju dengan Anwar Ibrahim dalam isu Kalimah Allah. Memandangkan isu ini sedang hangat kini, menghadirikempen Sungai Limau bukanlah satu tindakan yang bijak bagi Anwar Ibrahim dan isteri. Anwarsendiri nampaknya menyedari bahawa kehadirannya tidak akan disambut malah akan dianggapsebagai liabiliti bagi PAS Kedah.
Anwar juga bimbang sekiranya apa yang berlaku di Besut berulang lagi. Dalam PRK Besut,kehadiran Anwar tidak mendapat sambutan langsung. Malah, mana-mana kuncunya di dalamPAS juga turut terkena tempiasnya. Jelas, rata-rata akar umbi PAS menolak Anwar dankumpulan Anwarinas.
Namun, sedar atau tidak, kumpulan Anwarinas tetap menguasai PAS biarpun akar umbi PASmenolak mereka. Justeru, sekiranya PAS menang lagi di Sungai Limau, ia akan dianggapsebagai penerimaan akar umbi PAS terhadap kepimpinan kumpulan Anwarinas ini.
Pengundi-pengundi Sungai Limau wajar mengambil maklum akan perkara ini agar dapatmembuat pilihan yang tepat pada 4 November nanti.
Fahamilah apa yang Tan Sri Azizan lalui dan perjuangkan ketika di dalam parti. Bayangkancabaran yang dihadapinya dalam memastikan Kedah bersih dari sebarang agenda kafir harbimahupun golongan penyokong LGBT.
Ketidakhadiran Anwar di Sungai Limau bukan bermakna PAS bebas dari cengkamannya. Kini,Allahyarham telah tiada untuk membataskan pengaruh Anwar. Percayalah, dengan meletakkanAzam Samat, iaitu proksi Mahfudz sebagai calon, akan membuka peluang bagi pengaruh Anwarbertapak di sini.
Dengan mengambilkira hakikat ini, kini terpulanglah kepada pengundi Sungai Limau dalammenghayati dan mentafsirkan perjuangan Allahyarham Tan Sri Azizan dan menterjemahkannyadi kertas undi.
Wednesday, 23 October 2013
Wow.... Hari pertama dah penuh orang dengar ceramah !!!! @ZambryAbdKadir
Pas sebagai calon tunggal dilihat begitu agresif dan terdesak untuk mempertahankan kerusiDUN Sungai Limau.
Sebagai contoh, semalam bertempat di PDM Ulu Sedaka mereka telah mulamengadakan ceramah bagi menarik sokongan pengundi untuk terus menyokong partiitu. Dengan menggunakan slogan ‘Anak Muda Sokong Ustaz Mohd Azam AbdSamat’ mereka menganjurkan jamuan makan BBQ.
Namun sayangnya program yang diadakan itu GAGAL menarik kehadiran yangmengalakkan. Dianggarkan hanya 45 orang sahaja yang hadir pada program tersebutwalaupun pihak penganjur menggunakan khidmat ‘Leman Badut Lawak Pas’ bagimenarik kehadiran penduduk.
Leman, Si Badut Lawak Pas pada program tersebut telah bertindak sebagaipengacara majlis dan BADUT bagi menceriakan suasana. Walaupun kalah dantersingkir awal dalam program Maharaja Lawak tidak beberapa lama dahulu, namunternyata Leman masih memasang azam untuk meneruskan karier sebagai BADUT.Cuma bezanya, dulu dia berlawak di dalam televisyen namun kini diamenjadi BADUT di pentas ceramah.
Paling menarik calon Pas ketika menyampaikan ucapan alu-aluan cubamengeksploitasi agama Islam sebagai modal kempen. Dia mengatakan kononnyamereka yang berjuang bersama Pas akan dikira sebagai ibadat oleh Allah swt.
Yang peliknya, ketika kerajaan BN dan majoriti umat Islam di negara ini cubamenghalang permohonan gereja bagi menggunakan kalimah Allah di dalam Bible, Pasdilihat mengambil pendirian menyokong permohonan tersebut. Ia dilakukan kerana akurdengan ‘ARAHAN’ DAP dan sekali gus untuk memancing golongan bukan Islam untukterus bersama parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.
Menarik bukan, di hadapan orang Kristian, Pas mendakwa parti itu menyokong tuntutangereja, manakala di hadapan orang-orang kampung mereka menggunakan Islam untukmeraih sokongan. Sungguh hebat permainan mereka.
Berbalik kepada isu kehadiran yang mengecewakan itu, Pas nyata terkejut denganpendekatan tersebut. Ini kerana PDM Ulu Sedaka adalah merupakan kubu kuat partiitu. Malah mengikut rekod PRU-13, BN tewas kepada calon Pas dengan majoriti 245undi.
Tapi persoalannya, mengapa program tersebut GAGAL mendapat sambutan? Nampaksangat calon yang diketengahkan tidak dikenali oleh penduduk tempatan, walaupunPas mendakwa calon mereka dikenali ramai.
Kesimpulannya BN masih mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN SungaiLimau. Ini kerana pada PRU-13 faktor Ustaz Azizan begitu kuat mempengaruhipengundi di kawasan tersebut. Namun calon pada kali ini bukan dari kumpulan ulama,tambahan pula semasa hayatnya kelompok Endorgan dan Liberal Pas telah menjadikanUstaz Azizan antara musuh yang WAJID ditumbangkan.