Saturday, 7 September 2013

TERKINI ! AKHBAR BAHASA CINA KANTOI FITNAH FILEM #TANDAPUTERA ?!!

Nampaknya, filem Tanda Putera terus diburuk-burukkan dan disalah ertikan oleh pelbagai pihak terutamanya DAP. Akhbar China Press dalam artikel bertarikh 4 September 2013 juga dilihat sama nada dengan DAP.

Artikelnya bertajuk 'Sengketa Tanda Putera' yang ditulis oleh Hua Qiao disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C19. Di antara salah anggap penulis itu yang diterjemah dalam Utusan Malaysia :

Dalam filem ini digambarkan kaum Cina begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan manakala pasukan polis digambarkan bersikap sabar, cintakan negara dan sayangkan rakyat. 
Bagi kita, dalam negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, kita perlu mengambil kira sensitiviti kaum lain, terutama sekali kalau filem ditaja oleh badan kerajaan. 

Filem yang dibuat haruslah boleh mengeratkan lagi hubungan dan bukan bertujuan menanam pemikiran tidak sihat yang hanya akan merosakkan perpaduan antara kaum. seterusnya kita tidak pasti sama ada penulis bernama Hua Qiao telah menonton filem Tanda Putera. Tetapi dari cara beliau menulis, amat meragukan.

Jika kita tonton filem itu, bukan 'kaum Cina' secara keseluruhan tetapi hanya penyokong-penyokong fanatik yang termakan dengan dakyah kepimpinan DAP sahaja dan juga pihak komunis yang bertindak ganas dan liar.

Seterusnya :~ http://bit.ly/14xHOOb

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment