Kemenangan Zairil Khir Johari dalam kiraan semula pemilihan CEC DAP
Januari lalu dirujuk sebagai ‘ajaib’ oleh bekas pemimpin parti itu
iaitu, Tunku Aziz. Zairil pada mulanya hanya mendapat 305 undi tetapi
jumlah undian telah melonjak sehingga 803 dalam pengiraan semula.
Keputusan tersebut meletakkan beliau di tangga ke 20 yang mana
membolehkan beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif parti.
Pengiraan semula dibuat setelah parti itu mendakwa telah ‘tersilap kira’ dalam pemilihan awal dua minggu sebelumnya.
Umum melihat alasan DAP untuk mengira semula undi adalah kerana ingin
menutup sifat rasis parti itu apabila tiada wakil Melayu yang terpilih
walaupun di kalangan mereka yang telah berabad berkhidmat kepada parti.
Oleh kerana tidak tahan dengan kecaman ramai, maka DAP sanggup
memanipulasi undi bagi memenangkan Zairil.
Tindakan tersebut bagaimanapun bukan sahaja telah menyerlahkan
ketidaktelusan DAP dan sifat penipu pemimpinnya, tetapi juga membuktikan
bahawa DAP benar-benar sebuah parti yang tersangat rasis. Ini kerana
Zairil yang dicanangkan sebagai wakil Melayu adalah seorang Cina 100%,
melainkan pada namanya yang ditumpangkan kepada nama bapa tirinya, Tan
Sri Khir Johari.
Rakyat terkejut besar melihat betapa kroniknya sifat perkauman DAP
sehingga tidak sanggup melantik Melayu, sebaliknya sanggup melantik
seorang Cina bagi mewakili Melayu!
Sifat rasis DAP kini bakal di-uji sekali lagi apabila ROS mengarahkan
parti tersebut untuk mengadakan pemilihan semula setelah didapati
terdapat unsur tidak telus, tidak adil dan manipulasi undi yang ketara
dalam pemilihan terdahulu.
Justeru, kedudukan Zairil kini berada dalam perhatian ramai. Rakyat
sedang memerhati DAP dari segi ketelusan, dan di masa yang sama ingin
melihat bagaimana DAP mencaturkan parti dari segi kaum. Apakah Zairil
akan tertendang keluar atau atau apakah kedudukan beliau akan semakin
kukuh?
No comments:
Post a Comment