Thursday, 23 May 2013

BONGKAR RAHSIA!!! PBT-PBT DI SELURUH MALAYSIA BERSEKONGKOL DENGAN DAP UNTUK MEMBANYAKKAN PREMIS MAKSIAT!!!

Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT sebenarnya mempunyai kuasa yang besar. Ada banyak jurisdiksi yang berkaitan dengan PBT tetapi sentiasa dilindungi atau dibayangi oleh parti-parti politik tertentu. Dalam PBT, wujud Ahli-Ahli Majlis yang sungguhpun bergaji atau diberikan elaun yang kecil, tetapi jawatan tersebut diburu dan direbut memandangkan potensi untuk mengembungkan kocek, amat besar.

Pernahkah anda mendengar Ahli Majlis diheret ke mahkamah dan dipersoalkan tentang pemilikan aset berbanding pendapatannya? Pernahkah juga anda mendengar bagaimana para pemimpin parti politik mempersoalkan kekayaan mendadak Ahli-Ahli Majlis PBT dalam pendedahan-pendedahan yang kerap mereka lakukan?

Barangkali ramai yang masih tidak nampak apa kaitannya Ahli-Ahli Majlis dengan politik di negara ini.

PBT merupakan pihak berkuasa tempatan yang menguasai, mengawal dan menguruskan pentadbiran daerah. Dan seperti yang kita tahu, PBT juga menguasai pungutan hasil sama ada dalam bentuk cukai atau bukan cukai di daerah berkenaan. Seperti yang diketahui juga, di setiap daerah, terdapat kawasan-kawasan perniagaan yang mana premis-premisnya menjadi antara sumber pendapatan PBT.

Dari kutipan sampah sehinggalah ke pintu rumah pelacuran, semuanya ada dalam kawalan PBT. Terpulang kepada PBT untuk menguruskan yang ‘halal’ dan ‘haram’.

Seringkali kita dapat melihat bagaimana ganasnya anggota-anggota penguatkuasa PBT, terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang terhadap para penjaja dan penggerai, khususnya yang berwajah Melayu dan beragama Islam. Tidak sahaja periuk belanga, dapur, bahkan sudu garfu juga akan dirampas dan diangkut dengan alasan, tindakan tersebut akan mengurangkan para peniaga yang melanggar peraturan dan ketiadaan permit atau lesen berniaga.

Namun keganasan dan kezaliman anggota-anggota penguatkuasa PBT itu sekadar terhadap para peniaga kecil, penjaja dan penggerai sahaja. Sedangkan untuk berhadapan dengan pemodal-pemodal besar yang mampu menyewa premis bagi kegiatan maksiat dan hiburan, tanpa sebarang lesen atau kebenaran, mahupun yang melanggar semua peraturan, anggota-anggota penguatkuasa berkenaan bagaikan diserang pukau atau sihir yang membutakan mata mereka.

Acapkali sangat pendedahan demi pendedahan dibuat. Malangnya, tindakan daripada pihak berkuasa dan PBT terhadap pusat-pusat maksiat yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, khususnya di kawasan-kawasan yang didominasi oleh Pakatan Rakyat, langsung tidak wujud. Kalau ada pun, sekadar melepaskan batuk di tangga.

Atau lebih tepat lagi, asalkan rakyat nampak penguatkuasa undang-undang buat kerja. Sedangkan sehabis-habis sahaja sesuatu operasi diadakan, tidak sampai beberapa jam kemudian, premis yang sama, kembali beroperasi seperti biasa.

Kewujudan premis-premis berkenaan, tidak dipedulikan. Walaupun didedahkan sebesar mana pun, PBT biasanya membutakan mata dan buat-buat pekak badak. Anehnya, kebanyakan pegawai PBT termasuklah Yang Dipertua Majlis adalah orang Islam-Bumiputera.

Justeru, timbul pertanyaan, apakah sebenarnya PBT di seluruh Malaysia sebenarnya telah diberikan RASUAH dalam pelbagai jenis sehinggakan premis maksiat yang begitu besar dan meriah pun, langsung tiada sebarang tindakan diambil. Masakan PBT tidak tahu... TERUSKAN BACAAN DI MYKMU.NET

No comments:

Post a Comment