Tuesday, 2 April 2013

PENGHINA NABI S.A.W ARAHKAN UTUSAN MALAYSIA TARIK BALIK ARTIKEL DALAM TEMPOH DUA HARI... KALAU TIDAK, SAMAN!!!

Khairul Fahmi Mat Som yang menghina Nabi s.a.w untuk memburuk-burukkan UMNO, hari ini memberi tempoh selama dua hari kepada Utusan Malaysia agar menarik balik artikel berkenaan dengan penghinaannya. Kalau tidak, dia mengancam untuk menyaman Utusan Malaysia.

Dasar munafiq!

Bagi manusia beragama Islam yang mengenali Snouck Gronje, pastinya akan melihat wajah Orientalis tersebut pada Khairul Fahmi Mat Som. Walaupun mengaku beragama Islam dan kononnya memperjuangkan Islam menerusi parti yang disertainya, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat itu telah menjadikan Nabi s.a.w sebagai contoh terburuk biarpun Nabi Muhammad s.a.w merupkn makhluk yang paling mulia dijadikan Allah Taala di alam semesta ini.

Malu kerana tembelang zindiqnya terdedah, Khairul Fahmi Mat Som memilih kaedah untuk menyaman... Kaedah yang dipelajari daripada Anwar Ibrahim untuk menutup mulut dan menyenyapkan sesiapa sahaja yang boleh menyanggah kata-katanya, sekaligus menunjukkan ilmunya yang sangat rendah, bahkan terlalu jahil berbanding Orientalis yang sudah tentu amat memusuhi Islam.

Berapa lama dia boleh bertahan dengan taktik saman-menyaman? Zaman sekarang bukannya zaman orang tertutup dengan maklumat, sebaliknya zaman sekarang, orang lebih cerdik dengan segala macam maklumat terutama yang membabitkan agama.

Kita tengok sahajalah mamat ini tengah kepijaran dan kepanasan kesan daripada penghinaannya terhadap Nabi Muhammad s.a.w!!!

Yang pasti, bala bencana sedang menantinya!!!

SUMBER : http://bit.ly/10m9MvV

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment