Sunday, 31 March 2013

Siapa Menipu, Siapa Benar ??? #LahadDatu

Siapa benar, siapa salah? Ini satu tandatanya yang sukar ditafsirkan. Prebet Hurairah dikatakan oleh Bekas Pengarah Pelajaran Perak Dato' Adnan di penggal kepala di Lahad Datu. Prebet Hurairah yang berasal dari Kelantan adalah salah seorang anggota tentera yang terkorban mempertahankan tanahair daripada penceroboh pengganas di Lahad Datu. Dato' Adnan membuat penerangan di ceramah PAS di Taman Mohd Wazir beberapa hari lalu. Dato' Adnan ni pernah ke medan pertempuran? Daripada mana beliau mendapat gambar tersebut? Atau hanya untuk menakutkan rakyat Malaysia ?
Semalam Black mendapat penerangan dari Leftenan Jeneral (B) Dato' Mohd Zaini. Menurut Dato' Zaini, arwah prebet Hurairah memang meninggal dunia di Lahad Datu, arwah mati ditembak bukan di pancung. Dato' Zaini adalah pegawai yang bertanggungjawab kes Al-Maunnah di Sauk, Perak. Sebagai pegawai yang pernah bertugas di medan pertempuran, beliau lebih mengetahui situasi. Beliau mempunyai kenalan dan pasti ada anak buah yang masih berkhidmat. Sudah tentu laporan yang beliau terima adalah benar.
Difikirkan dari segi logik akal, wajarkah seorang bekas Pengarah Pelajaran lebih mengetahui situasi di medan peperangan berbanding bekas Leftenan Jeneral.
Siapa benar, siapa salah? Anda semua boleh menilainya.
Alfatihah kepada arwah Prebet Hurairah.

@BlackPa28879018


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment