Friday, 22 March 2013

Sejarah Terulang ???? #LahadDatu

Kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino yang melihat tragedi penceroboh bersenjata di Sabah sebagai tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk mengadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro. Yang paling mendukacitakan dalang utama terhadap serangan tersebut, hidup dengan selesa berbanding kesengsaraan keadaan para pengikut diperdaya sehingga terpaksa mengorbankan nyawa.

Lebih menarik lagi, apabila Aquino turut mengatakan tindakan bodoh Jamalul Kiram III ini adalah merupakan satu pengulangan sejarah. Mengikut fakta ketika zaman bekas Presiden, Ferdinand Marcos, beliau turut pernah melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.

Menurut maklumat yang diperolehi pembunuhan tersebut merupakan satu perancangan jahat Marcos untuk menyerang dan merampas Sabah dari Malaysia. Kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 semakin menaikkan kemarahannya yang menegaskan bahawa Sabah adalah milik Filipina dari Kesultanan Sulu.

Maka Marcos merancang menubuhkan satu kumpulan tentera komando khas dengan tujuan mengganggu-gugat genggaman Malaysia terhadap Sabah. Dengan keluarnya Singapura dari Malaysia selepas dua tahun Malaysia memperolehi kemerdekaan dan konfrontasi antara Malaysia-Indonesia menambahkan lagi keyakinan Marcos bahawa Sabah akan dapat dirampas semula sekurang-kurangnya berjaya mewujudkan kacau bilau di Malaysia.

Maka satu operasi khas ini dinamakan “Operasi Merdeka” telah tubuhkan dengan fasa pertama mereka telah melatih hampir 200 orang Tausug dan Bajao Muslim yang berusia kira-kira 18 tahun hinga 30 tahun. Rekrutmen baru tersebut pada awalnya dilatih dalam perang hutan di Camp Sophia dalam pulau kecil Simunul di Tawi-Tawi yang akhirnya dihantar ke Pulau Corregidor untuk latihan militari lebih lanjut.

Pada awalnya mereka diberitahu bahwa mereka sedang menjalani latihan ketenteraan yang mencakupi perang hutan dan sebagai pasukan penerjun payung udara untuk berperang melawan pemberontak komunis.

Namun keengganan para pemuda tersebut untuk berperang dengan saudara seIslam di Sabah apabila mengetahui tujuan asal misi tersebut, ialah "Penyerangan Sabah" seramai 28 dari 300 orang rekrut telah dibunuh secara kejam. Seterusnya pada malam yang gelap-gelita 18hb Mac 1968 kesemua mereka telah dibunuh secara beramai-ramai.

Aquino melalui kenyataan semalam turut mengatakan di sebalik tragedi itu, mereka yang melakukan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, GAGAL untuk belajar daripada apa yang telah berlaku sebelum ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang.

Malah beliau turut mengkritik tindakan Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu, namun langusng tidak mempunyai perasaan untuk menjaga keselamatan dan nyawa para pengikutnya. Presiden Filipina itu turut mengulangi gesaan sebelum ini yang meminta Azzumudie dan para pengikutnya untuk berundur dan pulang kerana pengunaan keganasan tidak akan memberikan sebarang hasil.

No comments:

Post a Comment