Tak perlu kata apa-apa sebab nasi dah jadi bubur. Hindraf yang selama ini hebat menyokong perjuangan Pakatan Pembangkang akhirnya dilupakan. Kalau kaum India tak nampak lagi aku tak tau la nak cakap apa.
Sama ada Pembangkang tersalah cetak lagi atau kepimpinan Pembangkang buat-buat lupa, timbul tanda tanya kenapa tidak ada langsung rancangan atau pelan dalam manifesto pilihan raya Pakatan untuk pembangunan masyarakat India di negara ini.
Menarik perhatian mengenai setiap halaman manifesto itu, Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan berkata, ia bukti jelas betapa pembangkang cuba memperdayakan kaum India dengan janji-janji manisnya menjelang pilihan raya.
Menurutnya, lebih teruk lagi ialah apabila pembangkang baru-baru ini berjanji pula akan melaksanakan tuntutan-tuntutan Hindraf dalam tempoh 100 hari sekiranya pakatan berjaya mengambil alih kerajaan Pusat.
"Namun yang peliknya tuntutan-tuntutan Hindraf ini tidak pula dimasukkan dalam manifesto yang dilancarkan pakatan di Shah Alam baru-baru ini.
Klik ~> http://bit.ly/Y9EoAZ
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment