Friday, 22 March 2013

@Mbnizar tak mahu bertanding di Pasir Panjang ???

Keputusan Pas meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Dun Changkat Jering dianggap sebagai membuktikan gambaran Barisan Nasional (BN) yang mengatakan wakil rakyat itu tidak berani mempertahankan Dun Pasir Panjang, benar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, keputusan itu sekali gus memperlihatkan karakter sebenar Nizar.

"Nizar kini dalam dilema kerana menyedari pengundi beliau marah.

"Dia tidak pernah bawa isu atau selesaikan masalah kawasan sepanjang menjadi wakil rakyat di Pasit Panjang," katanya pada sidang media, kelmarin.

Tambah beliau, keputusan Nizar untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilhan Raya Umum ke-12 itu sememangnya sudah dijangka.

"Kenapa dia nak bertanding di Changkat Jering, tak perlu saya jawab, kerana rakyat dan anda semua boleh membuat penilaian sendiri," katanya.

Isnin lalu, akhbar ini menyiarkan kenyataan Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain mengumumkan Nizar akan bertanding di Changkat Jering dalam satu ceramah di Air Kuning.

Pengumuman itu sekali gus mengesahkan spekulasi yang mengatakan Nizar tidak akan mempertahankan kerusi Dun Pasir Panjang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sumber ~ http://bit.ly/ZDoI8x



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment