Friday 8 March 2013

Jual Anak kerana wang!!!!

Bapa kepada Shaiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa segala yang berlaku terhadap anaknya dan dakwaan bahawa anak beliau diliwat adalah konspirasi politik.

Setelah menemani anak beliau untuk bersumpah laknat dan beliau sendiri menjanjikan bahawa akan mengheret si pelaku tersebut ke muka pengadilan demi untuk mempertahankan maruah anak beliau, kini beliau sendiri mengatakan bahawa ianya konspirasi politik.

Adakah semua ini dapat diterima oleh akal manusia, seorang bapa sanggup menggadaikan masa depan anaknya sebegitu?

Agaknya berapa bapa Shaiful terima untuk buat kenyataan sebegitu?

Beliau sendiri mengatakan bahawa beliau pergi ke merata tempat untuk membawa kes anak beliau ke mahkamah dan setelah dibawa ke mahkamah, dan kini menunggu tarikh untuk kes dibuka semula, maka beliau mengatakan bahawa ini adalah konspirasi.

Pelik Sangkakala kerana masih ada seorang Melayu Islam yang munafik seperti bapa Shaiful, begitu ramai orang yang menginsafi serta simpati dengan nasib yang melanda anak beliau, kini bapanya pula sendiri seolah olah menikam beliau dari belakang.

Mungkin juga ada konflik dalam keluarga Shaiful hingga membuatkan bapa beliau bertindak demikian rupa.

Tapi walau apa pun, Sangkakala beranggapan ini semua adalah salah satu helah Anwar untuk menutup segala kejadian yang melanda, dan yang paling besar ialah apabila beliau dikaitkan dengan serangan dari pengikut kesultanan Sulu.
Selanjutnya klik link di bawah :
http://bit.ly/YQo0Bf


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment