Saturday, 9 March 2013

IPD Seri Manjung di Serang !!!! @ZambryAbdKadir

Hari ini telah berlaku satu insiden dimana IPD Seri Manjung telah diserbu oleh sekumpulan NGO yang membantah kenyataan YB Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu tentang konflik yang melanda Lahad Datu Sabah.

Tian Chua dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan dan pembunuhan anggota keselamatan di Sabah itu adalah konspirasi UMNO dan kematian anggota keselamatan adalah wayang UMNO.

Pelbagai pihak telah membuat kecaman terhadap beliau dan kali ini sudah tiba giliran NGO kawasan Manjung pula membuat laporan polis akibat dari rasa tidak puas hati dengan kenyataan beliau.

Kumpulan NGO yang diketuai oleh saudara Rafiq Pengerusi Gerakan Belia Kawasan 4B Manjung dan disertai oleh kira kira 80 orang yang mewakili NGO Seri Manjung pergi ke Balai Polis tengah hari tadi untuk membuat satu laporan polis tentang perkara tersebut.

Menurut beliau, Gerakan Belia 4B Manjung merasakan perkara ini adalah serius dan kenyataan Tian Chua dianggap tindakan paling biadap yang pernah dikeluarkan kerana ianya melibatkan kematian anggota keselamatan yang menjaga tanah air dari pada diceroboh oleh pihak asing.

Twitter @BlackPa28879018


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment