Monday, 14 January 2013

SuaraPakatanRakyat.com Sah Anwar Punya

Ramai yang garu kepala apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tak semena-mena tampil dengan kenyataan luar tabie menafikan blog suarapakatanrakyat.com yang kritis melampaui norma-norma kehidupan itu adalah suara rasmi Pakatan Rakyat yang dipimpinnya.

Penulis blog SuaraPakatanRakyat itu dalam satu artikel bertajuk "
Kanang Bukan Hero Sebenar" yang disiarkan pada 4 Januari 2013 yang lepas tanpa berselindung telah mengkritik upacara pengebumian negara untuk mendiang Kanang yang disifatkannya satu pembaziran wang rakyat.

Akibat penulisan yang terlampau bebas dan bias mungkin kerana terlalu bersemarak kebencian terhadap UMNO dan BN, hasilnya datang berduyun-duyun komen kebanyakannya dari rakyat Sarawak yang mengecam keceluparan si penulis blog tersebut.

Melihat pada reaksi sedemikian tentunya datang perasaan cuak tiba-tiba dalam diri Anwar yang mendorong kepada tindakan luar tabienya menafikan blog itu mempunyai kaitan langsung dengan PR.

Tapi siapa yang Anwar nak kelentong? Siapa yang Anwar nak tipu hidup-hidup?

Umum dah lama tahu, Anwar cukup sinonim dengan perangai buruk baling batu sembunyi tangan, gemar melemparkan isu-isu sensitif atau menimbulkan kontroversi kemudiannya membuat penafian penglibatannya seterusnya menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku.

Bila kelakuan buruk atau peribadi serta moral rendahnya menjadi perhatian ramai, sepantas kilat jugalah Anwar bersilat kata semata-mata untuk menafikan penglibatannya dengan si polan dan si polan.

Itu tabie semulajadi Anwar sejak sebelum menyertai UMNO dan dibawanya sikap tersebut semasa bersama UMNO, bila mana Anwar dipecat keluar dari UMNO, sikap buruk yang sama itulah yang diusungnya demi mencapai matlamat politiknya.

Lihat sahaja semasa kes video seksnya dengan seorang pelacur China yang didedahkan oleh Datuk Eskay dulu, beriya-iya Anwar menafikan mengenali Datuk Eskay. Bersungguh-sungguh Anwar cuba meyakinkan khalayak yang dia langsung tidak pernah berjumpa dengan Eskay.

Walhal sebelum video itu terdedah pada umum, ramai pemimpin PKR sendiri sudah sedia maklum di mana ada Anwar di situ ada Eskay. Pendek kata ke sana ke mari Anwar dan Eskay bagaikan belangkas hatta sudah berkoyan-koyan duit milik Eskay diguna pakai untuk kepentingan Anwar dan keluarganya.

Akhirnya bila didedahkan gambar sedang berbual mesra dengan Eskay, terus Anwar pusing cerita mendakwa rakan baiknya itu dibeli pula.

Begitu juga jika kita imbas semula isu si penjual karpet, Deepak Jaikishan Waktu peranan Deepak diperlukan, maka Anwar berselera memperalatkannya, namun bila terdedah pula perancangan sulit Anwar dan PR untuk memalukan Perdana Menteri dan keluarga, terus Anwar tarik handbrake menafikan penglibatannya dengan Deepak.

Dasar putar alam, baling batu sembunyi tangan betul. Sama saja kesnya bila kita membicarakan sikap Anwar membabitkan blog SuaraPakatanRakyat yang mempunyai hubungan rapat dengan jentera propaganda Anwar dan PR itu.

Sememangnya sah lagi sahih blog SuaraPakatanRakyat itu memang mempunyai hubung kait rapat dengan Anwar, PKR dan PR.

No comments:

Post a Comment