Wednesday, 9 January 2013

PR Punca Tiga Beranak Bunuh Diri di Pengerang

Akhbar Harakah baru-baru ini kantoi menipu sekali lagi apabila menggembar-gemburkan berita mengenai kejadian bunuh diri sekeluarga tiga beranak dari kaum Cina di Pengerang Johor sebagai berpunca dari Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60billion. 

Jika pembangkang menggunakan penyamaran berbentuk Himpunan Hijau untuk menentang Lynas, maka RAPID pula memakai topeng Gabungan NGO Pengerang (GNP). 

Merujuk kepada tragedi tersebut, Harakah melaporkan bahawa Bendahari GNP, Chua Peng Sin berkata, “GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh pemaju dan akhirnya membunuh diri”.  Ini adalah tuduhan yang serius seolah-olah menyatakan yang keluarga ini dibunuh oleh kerajaan.

Alasan yang dinyatakan ialah jumlah pampasan sebanyak RM20,000 sebagai tidak setimpal dengan kos untuk membina rumah atau hidup baru. 

Laporan Harakah tersebut adalah jelas berniat jahat dan tidak bertanggungjawab apabila didapati amat bertentangan dengan laporan polis serta laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina dari sumber terdekat keluarga mangsa yang melaporkan sebaliknya. 

Akhbar China Press (p3 lead ), Guang Ming (p4lead), Kwong Wah Yit Poh (back page.pix), Oriental Daily (p14 lead.pix),Sin Chew semuanya melaporkan kenyataan adik mangsa, Pang Mao Song 55 tahun, iaitu kejadian itu tiada kena mengena dengan projek RAPID tetapi kerana masalah kesihatan. 

Laporan polis dari sumber jiran terdekat pula menyatakan bahawa mangsa telah pernah menyebut mengenai niatnya untuk membunuh diri kerana tertekan akibat terpaksa mengurus isteri yang uzur serta anak yang ‘down-syndrome’.   

Kini, motif mangsa membunuh diri telah berjaya dicari dan motif Harakah untuk berbohong juga tidak sukar untuk dibaca. 

Sepertimana kilang Lynas, projek RAPID ini juga merupakan antara sisa-sisa modal politik pembangkang dalam percubaan untuk memburukkan kerajaan dengan bersandarkan isu alam sekitar dan kesan sosiologi terhadap penduduk setempat.  

Pembangunan projek RAPID turut meliputi kawasan beberapa kampung tradisi termasuk Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Langkah Baik, Kampung Sebong, Kampung Batu Mas, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Buntu.

Projek RAPID dijangkan akan meliputi kawasan seluas lebih 6424 ekar untuk pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Pembangunan Pengerang (PIPC) seluas 22.500 ekar, di selatan Johor.   Projek yang menelan belanja RM170 bilion itu dijangka akan menjadikan Malaysia sebagai hab petrokimia mega dunia.

Malang bagi Malaysia kerana pembangkang kita mempunyai hobi pelik iaitu gemar menentang apa saja yang membawa kebaikan untuk negara.  Lebih besar faedahnya untuk negara, lebih hebatlah penentangan mereka.  Contoh lain selain Lynas dan RAPID, ialah FGVH.  Dalam semua isu ini, pembangkang sanggup mengerah balaci mereka berdemo, berjalan kaki dari jauh dan mogok lapar semata-mata untuk mencipta ‘impak’ bagi menggoyahkan kerajaan. 

Namun, kerajaan BN tidak goyah malah semakin kukuh bertapak tetapi pembangkang pula yang kelihatannya semakin hari semakin tumbang.  

Ini kerana, kerajaan BN tidak pernah menganiaya rakyat, dan buktinya tidak perlu lagi diceritakan kerana boleh dilihat oleh sesiapa saja dengan seimbas lalu jua.  Jika benar keluarga yang membunuh diri itu terjebak dalam kemiskinan tegar maka beliau akan diserapkan ke bawah program Rimbunan Kasih yang termasuk dalam pembangunan sampingan RAPID.  Andai kata ada pihak yang terlepas pandang akan keadaan mereka, mereka punya banyak saluran untuk meminta bantuan, termasuklah melalui pembangkang. 

Namun, membantu mereka yang memerlukan bukanlah niat pembangkang.  Niat pembangkang hanyalah untuk memburukkan kerajaan walaupun ia bermakna membiarkan negara kerugian kerana terlepas peluang untuk menjana pendapatan lumayan. 

Percayalah, pembangkang  bukannya sedih dengan kejadian bunuh diri itu, tetapi mereka cukup gembira.  Malah mereka telah pun merancang untuk meraikannya melalui demonstrasi bersiri sepertimana yang berlaku dalam kes kematian Teoh Beng Hock. 

Kita sudah tidak hairan lagi jika pembangkang sentiasa mengharapkan hatta, ‘merencanakan’ sesuatu yang buruk seperti ini berlaku terhadap rakyat kerana hanya dengan cara itu mereka boleh mengambil peluang untuk ‘membuktikan’ kononnya kerajaan BN benar-benar zalim. 

Tidak mustahil keluarga yang membunuh diri itu menjadi tertekan akibat terlalu sering disogokkan dengan momokkan pembangkang kononnya nasib mereka tidak akan dibela dan rumah mereka akan dirampas tanpa mendapat pampasan setimpal.  Mungkin mereka dihasut tanpa henti oleh pembangkang dengan gambaran yang jauh lebih buruk dari itu mengenai nasib yang bakal menimpa mereka selepas projek RAPID.   Siapa tahu?

Mungkin inilah yang sebenarnya berlaku.

Adalah mudah bagi sebuah keluarga miskin yang kurang mendapat maklumat terkini, untuk terpedaya dengan hasutan tersebut sehingga akhirnya menjadi begitu tertekan.  Hasutan yang berlarutan pasti membawa kepada tekanan yang serius sehingga akhirnya tidak dapat dibendung lagi. 

Justeru, kita tidak harus mengenepikan kemungkinan bahawa PR yang menjadi punca tragedi tersebut sama ada secara langsung, tidak langsung serta halus.  Tragedi yang sama mungkin berulang jika PR begitu terdesak untuk menang dalam pilihanraya akan datang

No comments:

Post a Comment