Monday, 10 December 2012

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Bukti PR Pembohong Besar


Penambahbaikan ranking Malaysia dari kedudukan di tangga 60 pada tahun 2011 kini meningkat naik kepada tangga 54 bagi tahun ini berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI), merupakan satu berita gembira yang patut dialu-alukan.

Lebih-lebih lagi apabila ranking terbaru tahun 2012 ini turut meletakkan Malaysia di kedudukan yang jauh lebih baik berbanding ranking ke 56 selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2009 dan 2010.

Tambah membanggakan kita, Malaysia berada di tangga ketiga terbaik berbanding negara-negara ASEAN dan berada di kedudukan ke-9 baik bila dibandingkan dengan negara-negara lain di benua Asia.

Manakala dari segi perbandingan dikalangan negara-negara Islam pula Malaysia berada di tangga ke-5 terbaik berkongsi kedudukan dengan Turki. Bagaimana pun Iran yang sering dijadikan model negara Islam oleh PAS pula jauh terperosok ke bawah di kedudukan 133.

Ketika mengulas peningkatan ranking ini, Presiden Transparensi Malaysia (Ti-M), Datuk Paul Low berkata, "penambahbaikan ini (sudah) dijangka. Semua usaha dan langkah yang diambil kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelasanaan (Pemandu) telah membuahkan hasil dan kita berharap Malaysia berupaya memecah rekod."

Ini bermakna keupayaan Malaysia memperbaiki kedudukan ranking CPI adalah satu manifestasi kejayaan hasil dari pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dari satu sudut yang lain, dengan penambaikan ranking CPI ini juga jelas membuktikan propaganda PR kononnya rasuah sudah menguasai pentadbiran Kerajaan BN ternyata hanyalah pembohongan besar yang bermotifkan politik semata-mata.

Bagaimanapun sekiranya prestasi urus tadbir di empat buah negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang (PR) tidak seteruk sekarang, besar kemungkinan kedudukan ranking CPI bagi negara kita akan jauh lebih baik lagi.

Akan tetapi disebabkan pentadbiran di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Kedah masih berada di tangan pemimpin-pemimpin politik yang hanya pandai beretorik sahaja tapi urus tadbir sering bercelaru dan dibelenggu keraguan, akibatnya satu negara terpaksa menanggung bebanannya.

Bayangkan dari kedudukan ranking Malaysia yang selama ini hanya berlegar sekitar 33 hingga 43, namun bila sahaja puak opportunis dari PR bermaharajalela di empat buah negeri itu terus sahaja kedudukan Malaysia jatuh mendadak ke tangga 47 (2008) dikuti tangga 56 (2009), 56 (2010) dan tangga ke 60 bagi tahun 2011.

Namun mujurlah berikutan kejayaan pelbagai program transformasi dan berkat penambahbaikan di negeri-negeri BN diikuti kempen berterusan oleh SPRM akhirnya berjaya membantu meningkat kedudukan negara dalam ranking CPI, sekaligus berupaya menyerap sedikit impak ketirisan pentadbiran di negeri-negeri PR.

No comments:

Post a Comment