Assalammualaikum,
Kehadapan yang
dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang
juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz
sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah Swt.
Mengenangkan
semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya
terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun surat ini
tidaklah bertujuan apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa
gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin umno
bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai agama dari arab saudi,
membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.
Saya juga amat
bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan
ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya tidak
terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia
ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut
didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.
Untuk makluman
ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti pas dan merupakan
pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. Untuk pengetahuan
ustaz juga, saya telah menjadi ahli pas semenjak usia saya mencapai had
boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kirakan sudah hampir 30 tahun
saya berjuang di dalam pas.
Banyak perkara
susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku
ahli pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah
melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda
parti. Susah senang saya tanggung di dokong oleh sokongan anak dan
isteri serta beberapa kawan.Namun tiada perkara yag boleh menggoyahkan
sokongan saya sehingga lah beberapa perkara yang berlaku sejak
akhir-akhir ini. Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan
teramat sangat namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil
tindakan untuk berubah.
Pertamanya bila
saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan
Ali yang disingkir apa bila cuba mempertahankan akidah umat Islam di
Selangor. Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr Hassan Ali tidak
membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita. Pada mulanya
saya mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan menyelidik dan membela
Dr Hassan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pulak
berlaku.
Betapa lemahnya
iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia berjuang di jalan
Allah. Kepimpinan pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa
pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, DAP. Ya Allah Ya
Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk mengadap kamu nanti.
Keduanya bila
perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama
(jijik dan tak sanggup saya tulis namanya di sini), di mana maruahnya
di kahak dan diludah oleh manusia bernama Karpal Singh. Saya sering
memikirkan mengapakah beliau sanggup membela insan harbi sedemikian
sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan jutaan ummat Islam lain
kononnya DAP telah bersetuju untuk melaksanakan hudud.
Ustaz bayangkan
perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung
perjuangan saya kini yang menjadi pemuda pas berasa malu akan tindakan
ketuanya itu. Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita
perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.
Sebenarnya ustaz
banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan
bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini. Lepas menyaksikan
seorang demi seorang ulama tersingkir dan kedegilan tuan guru nik aziz
sendiri membela ulama, saya semakin bercelaru.
Terkini saya
mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi
ahli pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar,
percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan
rakan-rakan.
Sebenarnya mereka
semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan pas
ini namun saya lah yang sering memujuk mereka untuk bersabar. Namun
kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan
terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan putrajaya sehingga
menggadaikan agama Islam itu sendiri.
Apa pun saya
ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa
membaca warkah saya ini. Percaya lah semangat memperjuangkan Islam tidak
pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan
Islam di dalam pas semakin kelam, dan saya percaya pasti ada sisi lain
atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan
ummah berbanding pas.
Sehingga ini saja
sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan
hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah
godaan duniawi dan godaan musuh Islam iaitu dap.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Asalammualaikum.
No comments:
Post a Comment