AKHIRNYA ADA JUGA ORANG YANG MENGAKU. ANWAR NAK PUSING APA PULA SELEPAS INI??? TAKKAN PEMIMPIN BUAT KEPUTUSAN SEORANG. TAK LOGIK???
KUALA LUMPUR 2
Sept. - Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd.
Najwan Halimi mendakwa dirinya adalah pereka bendera yang didakwa oleh
penyokong Himpunan Janji Bersih akan menggantikan Jalur Gemilang.
Bendera merah
putih seakan bendera Singapura itu dibawa penyokong himpunan tersebut di
Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu dan dinamakan sebagai Sang Saka Malaya.
Berdasarkan
laman Twitter @NajwanHalimi, pemimpin muda daripada Parti Keadilan
Rakyat (PKR) itu dilaporkan berkata, Sang Saka Malaya akhirnya
dikibarkan oleh anak-anak muda!'
Mohd. Najwan
juga telah membuat penjelasan terperinci di laman blognya di
http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html dengan
memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati sambutan
kemerdekaan pada tahun 2007.
Jelasnya, corak
tersebut diadaptasi daripada bendera Sang Saka yang diguna pakai oleh
negara Indonesia dan Singapura yang juga merupakan panji warisan
kerajaan Nusantara.
Bendera
Malaysia yang digunakan pada hari ini jika diteliti sebenarnya
diadaptasi daripada bendera Amerika Syarikat yang bernama Stars and
Stripes, dan ia dibezakan menerusi bulan sabit dan bintang bucu empat
belas berwarna kuning.
Barangkali ini
menjawab persoalan mengapa warga Malaysia semakin tidak ghairah
mengibarkan bendera. Jiwa dan warisan silam negara ini jelas tidak
terzahir menerusi panji yang bernama Jalur Gemilang!" katanya yang
dipetik daripada tulisan blog bertarikh 30 Ogos 2009.
Pada 30 Ogos
lalu, negara dikejutkan dengan tindakan biadab beberapa peserta Himpunan
Janji Bersih di Dataran Merdeka yang mengibarkan bendera yang didakwa
akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa.
Selain
dikibarkan di khalayak ramai, beberapa risalah juga diedarkan semasa
sambutan ambang merdeka itu yang mengajak rakyat untuk mengatakan tidak
kepada Jalur Gemilang dan menyokong bendera merah putih itu.
Mohd. Najwan
bukan pemimpin pakatan pembangkang pertama yang mempersoalkan Jalur
Gemilang kerana pada September tahun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kota Alam Shah daripada DAP, M. Manoharan pernah menegaskan
pembangkang akan menukar bendera negara jika memperoleh kuasa dalam
pilihan raya umum akan datang.
Selain itu,
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
pernah mengeluarkan kenyataan mempersendakan Jalur Gemilang dengan
menggelarkan sebagai jalur malang.
No comments:
Post a Comment